Rabu, 16 Disember 2009

Pengumuman

Assalamualaikum....

Saya telah memindahkan kandungan blog ke http://diblogmaarif.blogspot.com dalam usaha mempelbagaikan kandungan blog. 

Segala kesulitan amat dikesali.

Selasa, 20 Oktober 2009

Tak Cinta Maka Takde Masa Untuknya

Rasanya, ramai yang biasa dengar ungkapan “Kalau tak kenal, maka tak cinta”. Bagaimana pula dengan “Kalau tak cinta, maka takde masa untuknya”. Kalau pernah dengar dan paham maksudnya, bagus la. 

Ungkapan ni mengingatkan diri saya sendiri dalam meluangkan masa untuk beribadah kepada Allah swt. Tanya diri masing-masing. Berapa lama kita peruntukkan untuk membaca al-Quran dalam sehari? Berapa lama yang kita luangkan untuk berada di masjid dan mendengar ceramah agama? Kita boleh menilai secara kasar tahap kecintaan kita kepada Allah swt daripada jumlah masa yang kita peruntukkan untuk beribadah kepadaNya.

Diri anda adalah aset yang paling berharga. Bagaimana anda mencintai diri sendiri? Adakah anda mendapat masa rehat yang mencukupi? Adakah anda menyediakan perlindungan yang mencukupi untuk diri? Apa akan berlaku ke atas diri anda sekiranya anda terlibat dengan kemalangan semasa ke tempat kerja? Siapa yang akan menanggung bil perubatan? Bagaimana pula jika anda lumpuh. Siapa yang akan menjaga diri anda? 

Anda harus memperuntukkan masa untuk memikirkan tentang semua ini jika anda mencintai diri anda.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Yang terbaik

Pagi-pagi lagi dah dapat mesej dari En Aidil, boss saya dari Aidil Adnan and Partners. Beliau bercerita tentang pelanggannya yang mengakui bahawa kad perubatan MAA Takaful ni adalah yang terbaik. Kenapa pulak? Sebab tiada co-payment, jaminan pembaharuan, murah dan mempunyai panel hospital di seluruh Malaysia.

Dari segi panel hospital, boleh dikatakan hampir semua syarikat takaful memiliki panel di seluruh Malaysia tetapi berapa banyak yang tidak mengenakan co-payment. Dan daripada jumlah ni pula, berapa banyak yang menjamin pembaharuan? Berapa banyak yang bayaran minimum adalah RM50 sebulan? 

Contoh senario jaminan pembaharuan. Anda mengambil kad perubatan dari syarikat takaful A. Tiba-tiba anda kena sakit jantung. Syarikat A membayar segala perbelanjaan hospital. Apabila tiba masa untuk memperbaharui kad perubatan anda, anda diberitahu bahawa anda tidak layak lagi kerana anda ada risiko penyakit jantung. Atau pun mungkin anda boleh menyambung kad perubatan dengan syarikat A, tetapi dengan kadar premium yang lebih mahal lagi. Jangan risau dan khuatir. Dengan MAA Takaful, ini semua tidak akan dialami oleh anda. 

Nasihat saya, jangan bertangguh untuk mendapatkan perlindugan. Dapatkan hanya yang terbaik untuk diri anda dan keluarga anda.

Isnin, 12 Oktober 2009

Jemputan pernikahan

Lepas raya ni banyak pulak open house. Paling jauh kat Seremban 2, rumah kawan lama masa di Faris Petra dulu, En Fazmil yang takut kat kucing (dah besar panjang pun takut kucing lagi ke?). Yang lain tu kat Shah Alam je. Sambil-sambil menjamu selera ni, sempat jugak la hulurkan kad jemputan pernikahan diri sendiri. Baru kenal arini, tanya asal mana, kalau Kelate terus bagi kad jemputan.

Berat tanggungjawab nak berkeluarga ni. Banyak menda nak kena pikir. Nak kena cari rumah la (tu pasal minat pasal od dan nak cari rumah lelong ni), barang rumah lagi, isk..kena buat satu-satu ni...kang tak terkejar pulak. 

Ramai member dah nikah tapi tak sempat pulak nak jumpa personally tuk tanya pengalaman diorang. Asyik sibuk je...Tak tau la sibuk menda...:P

Kepada sesiapa yang mengenali diri saya, anda semua dijemput ke majlis pernikahan saya. Kalau nak info lagi lanjut, boleh email atau tepon je.

Salam.

Rabu, 7 Oktober 2009

Zalim pada diri

Cuba anda perhatikan kajian statistik yang dikeluarkan oleh U.S. Department Of Health, Education & Welfare. Keadaan ini berlaku juga di Malaysia walaupun terdapat sedikit perbezaan.

Pada umur 65 tahun, daripada 100 orang:

- 1% jadi jutawan dan 4% hidup senang. Alhamdulillah. 

- 5% masih bekerja sebab terpaksa. Anda masih bernasib baik sekiranya masih lagi mampu bekerja dan menyara kehidupan sendiri pada umur 65 tahun.

- 36% telah kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihiroji’un.

- 54% hidup dengan bantuan keluarga atau pihak kebajikan. Adakah anda sanggup membiarkan diri anda tergolong di dalam golongan ini? 




Baca pasal ODASB dan pasal bidang hartanah ni yang tengah panas sekarang ni, teringat plak pasal info kat atas. Ada kaitan ke?

Semua orang ingin tergolong dalam kategori “Alhamdulillah”. Untuk memastikan ini berlaku, kita berusaha sedaya upaya, keluar pagi, balik dekat ngan pagi. Kadang-kadang nak lekat kat rumah pun susah. Balik mandi ngan tido je. 

Mungkin kita beranggapan masa muda ni la nak kerja kuat. Tapi kita terlupa; muda pun gugur, tua lagi la. Kita lupa untuk menjaga kesihatan diri. Tidak sanggup membazirkan masa untuk membenarkan proses pemulihan badan berlaku. Kalau macam ni dah termasuk golongan zalim jugak ni. Zalim pada diri sendiri. 

Kalau nak mencari rumah lelong, kita membuat “calculated risk”, kenapa pula kita tidak mengambil kira risiko yang akan dihadapi oleh diri kita apabila terlalu kuat bekerja? Kalau kena sakit, rumah lelong yang dah dimenangi pun mungkin akan kena lelong balik sebab nak bayar bil perubatan. Berbaloi ke? Mungkin berbaloi kalau duit dah melambak-lambak. Kalau sakit bawa ke kubur? Tak sempat la merasa umur 65.

Kesimpulannya, nak kerja, kerja la tapi jangan la sampai zalim pada diri sendiri.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Pengalaman buat OD RHB

Salam.

Rasanya kalau baca kat mana-mana forum atau blog akan dapatlah serba sebanyak ilmu pasal OD ni tapi yang ni takde pulak saya jumpa jadi saya berbesar hati nak berkongsi. 

Bila nak buat OD ni kenalah buka akaun semasa(current account). Akaun semasa ni, dalam satu-satu bulan, baki pada setiap hari mestilah sekurang-kurangnya RM1000 atau diorang akan kenakan bayaran RM5. Mungkin tak seberapa tapi kalau setahun dah RM60. Bayaran debit-card RHB pun baru RM15 setahun, tu pun kalau boleh nak waive. Huhu.

Untuk mengelakkan masalah ni, masa buka akaun semasa, terus simpan RM1200(atau lebih lagi bagus). Kos buat OD yang dikenakan adalah RM150. Kalau ambik kemudahan cek, kena bayar lagi RM7.50. Kalau minta debit-card, kena bayar RM15 lagi. Jadi untuk mengelakkan kena denda RM5, eloklah simpan RM1200 masa mula-mula buka akaun. Boleh ambik balik apa duit ni tapi kena pastikan bagi sepanjang bulan sekurang-kurangnya ada RM1000 dalam akaun semasa.

Moga-moga dapatlah memberi serba sedikit manfaat pada sesiapa yang ingin membuat OD RHB.

Selasa, 15 September 2009

Mencari perlindungan dan tawakkal



Semua orang Islam perlu tahu bahawa perlindungan paling utama adalah perlindungan dari Allah swt. Tidak akan ada yang boleh melebihi perlindungan daripada Allah.  

Kita disuruh agar berusaha sehabis usaha barulah seterusnya bertawakkal kepadaNya. Kita tidak boleh berdiam diri dan mengharapkan rahmat Allah tanpa melakukan apa yang patut dan sepatutnya kita lakukan. Harus ada usaha terlebih dahulu barulah dibolehkan bertawakkal. 

5 hari lagi, insyaAllah kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semua warga akan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing. Dalam pada kesibukan ini, pasti akan berlaku kemalangan dan kehilangan orang yang tersayang. 

Kita mungkin telah servis kereta kita, ambik perlindungan takaful, dan bermacam lagi semata-mata untuk memastikan kita sepenuhnya bersedia. Apa yang kita sering terlupa ialah servis hati dan akal kita. Kita bertawakkal kepada Allah swt diatas keadaan kenderaan kita bukan keadaan diri kita sendiri. Sebab itulah ramai yang mementingkan diri, tidak bersabar dan tidak menghormati pengguna jalan raya yang lain. Kita lupa bahawa dalam usaha mengelakkan kemalangan, kita haruslah memandu dengan cermat dan berhemah terlebih dahulu barulah bertawakkal kepada Allah agar terhindar dari kemalangan. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari saya. Kalau ada salah dan silap, saya pohon maaf zahir dan batin.

Isnin, 14 September 2009

Jadikan takaful pilihan utama

Dewasa ini sistem kewangan Islam semakin berkembang dan kehadirannya semakin dirasai. Jika sebelum ini masyarakat terdedah dan 'terdidik' dengan sistem konvensional, namun, hari ini kita boleh berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh industri kewangan Islam.

Statistik sehingga 31 Disember 2008 menunjukkan industri takaful mewakili sejumlah 7.2 peratus daripada pasaran insurans secara keseluruhannya. Namun inisiatif-inisiatif yang ditunjukkan oleh syarikat-syarikat takaful dan retakaful sedia ada memperlihatkan perkembangan positif industri ini untuk masa-masa akan datang.

Di antara inisiatif syarikat-syarikat ini yang membuktikan industri takaful bukan sekadar alternatif kepada insurans konvensional adalah mereka menawarkan produk-produk yang mempunyai kelebihan yang tersendiri dan kompetitif. Ia mampu menyaingi produk-produk yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional.

Penilaian yang menyeluruh mestilah menjadi kayu ukur dalam menentukan sesuatu keputusan yang dibuat adalah merupakan keputusan yang terbaik. Justeru, dalam membandingkan produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat takaful dan insurans konvensional, penilaian bukan sekadar merangkumi aspek harga dan manfaat yang ditawarkan. Malah ia perlu juga dinilai dalam bentuk yang lain seperti aspek spiritual dan nilai murni yang ingin diterapkan. Apabila kita menilai aspek tertentu sahaja, sudah pasti kelebihan dan 'kecantikan' sistem tersebut tidak dapat diserlahkan dan keadilan tidak dapat dizahirkan.

Biarpun telah wujud sistem kewangan yang berasaskan prinsip Islam, namun, masih ada di kalangan umat Islam hari ini yang masih terlibat dengan perbankan dan insurans konvensional. Mereka mencipta 1,001 alasan untuk mengelak daripada terlibat dengan sistem kewangan Islam seperti produk-produk yang ditawarkan oleh perbankan Islam dan takaful mahal harganya berbanding produk-produk syarikat konvensional. Itulah sikap manusia, bila tiada sesuatu perkara, mereka sibuk menggesa agar diwujudkan dan apabila telah diwujudkan, mereka juga 'sibuk'. Sibuk mencipta 1,001 macam alasan untuk mengelakkan diri daripada terlibat atau melaksanakan perkara tersebut.

Sebagai seorang Muslim yang beriman, sudah pasti kita ingin memastikan apa yang dilakukan seharian selari dengan kehendak dan prinsip-prinsip Islam.Namun, adakah kita sedar, dengan melibatkan diri dengan perbankan dan insurans konvensional, kita mendedahkan diri kita dengan dosa riba. Allah dan Rasul-Nya telah mengisytiharkan perang ke atas orang-orang yang terlibat dengan riba tidak kiralah sama ada pemberi, penerima, penulis perjanjian berkaitan riba dan sebagainya.

Adakah kita masih ingin melibatkan diri dengan dosa besar tersebut sedangkan sudah ada alternatif kepada kedua-duanya iaitu industri perbankan Islam dan takaful?Maksud firman Allah SWT: 

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah: 278)

Kita biasa mendengar mengenai jihad ekonomi yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Namun, apabila peluang diberi untuk melaksanakan agenda tersebut, kita seringkali mengelak.Masyarakat seharusnya turut serta melibatkan diri dalam sistem takaful bagi menjayakan sistem ekonomi Islam yang memberikan keadilan dan keuntungan bukan sekadar duniawi, lebih-lebih lagi ukhrawi.

Sistem kewangan Islam, sama ada yang berkaitan dengan takaful atau perbankan hakikatnya adalah satu sistem mematuhi syariah dan tiada unsur-unsur haram seperti riba, gharar (shubhat) dan maisir (judi).Justeru ia merupakan satu platform melakukan ibadah kepada Allah. Menerusi sistem takaful seseorang itu berpeluang melakukan derma/infaq/sedekah 'kelas pertama' yang mana amalan ini sangat digalakkan di bulan Ramadan al Mubarak ini.

Menerusi sistem takaful ini seseorang itu juga boleh menjadikannya sebagai satu platform melakukan dakwah dan jihad mengajak ummah meninggalkan sistem riba kepada satu sistem yang diredai oleh Allah.Risalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tidak terhenti dengan kewafatan baginda. Setiap individu Muslim wajib meneruskan usaha mengembangkan ajaran Islam di muka bumi ini. Sebagaimana dijelaskan di dalam surah Fussilat ayat 33.

Bersempena dengan Ramadan yang mulia ini, marilah kita thabatkan dalam hati bahawa kita bukan sekadar ingin membuat perubahan dalam diri kita, daripada yang lebih baik kepada yang terbaik dari sudut ibadah dan akhlak.Malah, kepada keseluruhan sistem kehidupan kita yang bersangkut paut dengan ekonomi, sosial, politik dan lain-lain lagi. Mudah-mudahan umat yang lahir hasil madrasah Ramadan kali ini merupakan umat yang akan memperjuangkan pelaksanaan Islam dalam seluruh sistem kehidupan termasuklah dalam sistem kewangan.

Dipetik dari Utusan Malaysia.

Jumaat, 11 September 2009

Membuat tuntutan

Setiap daripada kita seharusnya memiliki polisi takaful. Sekiranya anda masih belum memiliki perlindungan takaful, silalah dapatkan dengan segera. Lindungi diri dan keluarga anda. Bagi yang sudah memiliki takaful, adalah penting untuk anda mengetahui cara dan proses dalam membuat tuntutan sekiranya sesuatu berlaku terhadap anda.

Pastikan anda ingat dimana anda menyimpan polisi anda. Sekiranya berlaku sesuatu dan anda ingin membuat tuntutan, telefon agen atau syarikat takaful anda untuk mendapatkan penerangan. Semestinya anda harus ingat dari syarikat takaful mana anda mendapatkan perlindungan takaful anda.

Simpan nombor telefon agen anda. Pastikan yang agen tersebut masih lagi berada di bawah syarikat takaful yang sama. Kadangkala, agen berhenti atau berlaku musibah menyebabkan beliau terpaksa berhenti. Anda memerlukan pertolongan agen untuk memudahkan kerja membuat tuntutan. 

Dapatkan bantuan agen untuk mengisi borang permohonan tuntutan. Pastikan maklumat yang diberi adalah betul dan tepat. Tuntutan anda boleh mengambil masa yang lama untuk diproses dan akan tertangguh sekiranya maklumat tidak tepat. 

Dalam kes kematian, dapatkan salinan sijil kematian. Beri semua dokumen yang diperlukan kepada agen anda atau hantar kepada syarikat takaful anda. Telefon untuk mengesahkan bahawa mereka telah menerima borang permohonan anda. Pastikan anda bersedia untuk menjawap semua soalan-soalan sekiranya syarikat takaful menelefon anda berhubung kes kematian dan tuntutan anda.

Diharapkan informasi diatas dapat membantu anda membuat tuntutan sekiranya perlu. Jangan teragak-agak untuk menelefon. Ketahui hak anda.

Rabu, 9 September 2009

Membuat pilihan terbaik

Membuat pilihan yang terbaik dalam hidup adalah keinginan setiap insan. Tiada orang mahu membuat pilihan yang salah dan menyerabutkan fikiran di masa hadapan. Memahami bahawa kita telah membuat pilihan yang betul dalam memilih perlindungan takaful yang terbaik adalah sukar. Ini kerana takaful sendiri memiliki kriteria teknikal yang sukar untuk difahami walaupun soalan yang diajukan adalah sebenarnya sudah tepat.

Persatuan Insuran Am Malaysia(PIAM) mencadangkan supaya setiap pengguna yang ingin mendapatkan produk dan servis takaful supaya benar-benar meneliti dan memahami perkara-perkara dibawah dalam membuat keputusan.
  1. Pilih syarikat takaful yang terbaik
    Tiga kriteria utama yang perlu dipertimbangkan apabila memilih syarikat takaful:
    • Kekuatan dari segi kewangan
    • Keadilan dan berapa cepat dalam memproses tuntutan
    • Kebolehan dan keupayaan dalam menyediakan perkhidmatan sebelum dan selepas sesuatu musibah.

    Polisi takaful adalah satu perjanjian. Semua perjanjian hanya bernilai tidak lebih dari perkataan dan kekuatan kewangan seseorang atau syarikat yang membuatnya. Oleh itu, terpenting sekali dalam memilih syarikat takaful ialah dengan memastikan syarikat tersebut mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh. Pengguna boleh menilai sesebuah syarikat takaful dengan mengumpulkan informasi daripada agen takaful atau nasihat daripada broker takaful atau pengalaman pemegang polisi yang lain samada mereka berpuas hati atau tidak dengan syarikat tersebut. Syarikat takaful yang baik juga sepatutnya mendengar keperluan takaful pengguna dan jika perlu dapat mengubahsuai perlindungan yang diberi agar memenuhi kehendak pengguna.

    Pengguna juga harus meneliti reputasi syarikat dalam menyelesaikan tuntutan dengan adil dan cepat, dan juga keberkesanan perkhidmatan yang diberi.

  2. Pilih agen takaful yang terbaik
    Seseorang agen harus senang dihubungi. Selain itu, seseorang agen takaful yang bagus haruslah memiliki:
    • pengetahuan yang mendalam tentang produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat takaful yang diwakilinya
    • beretika dan mendahulukan kehendak prospek
    • mempunyai tahap komunikasi yang bagus agar prospek faham apa yang disediakan oleh syarikat takaful serta hak dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan hasil daripada perjanjian yang termeterai. Tahap pengetahuan seorang agen dapat dilihat melalui kebolehan menjawap soalan dengan jelas dan sekiranya jawapan belum dapat diperolehi, agen tahu bagaimana mendapatkannya. Sesetengah agen menambah pengetahuan mereka dengan menghadiri seminar-seminar yang dianjurkan oleh pihak syarikat takaful mereka.

    Agak sukar untuk pengguna menilai tahap kebolehpercayaan seorang agen yang baru dikenali. Pengetahuan sendiri tentang reputasi agen atau cadangan daripada prospek yang telah berpuas hati adalah jalan terbaik untuk menentukan tahap kebolehpercayaan dan kemampuan agen dalam menyediakan perkhidmatan terbaik selepas pengguna mendapatkan perlindugan takaful daripadanya.

    Apabila ragu-ragu, hubungi cawangan atau ibupejabat syarikat takaful diwakili agen untuk bertanya tentang agen tersebut.

  3. Pilih polisi takaful yang terbaik
    Penentuan samada polisi takaful itu bagus atau tidak bergantung kepada kefahaman pengguna tentang keperluan takaful beliau. Polisi takaful yang baik seharusnya dapat memenuhi kehendak pengguna tanpa memerlukan tambahan pelan atau rider yang lain.

  4. Nilai yang berpatutan
    Proses menentukan berapa banyak perlindungan takaful yang diperlukan adalah hampir sama dalam memilih polisi yang terbaik. Ia bermula apabila pengguna tahu yang dia memerlukan perlindungan takaful. Pengguna memerlukan takaful apabila sedar dia akan berhadapan dengan kesusahan dan kemungkinan untuk rugi.

    Keperluan ini sebenarnya boleh diberi nilai. Dalam kes mengtakafulkan pendapatan atau tanggungan, anggaran jumlah kerugian diperlukan. Dicadangkan agar pengguna betul-betul memahami dengan jelas tahap pendedahan mereka terhadap risiko-risiko yang boleh berlaku dan mendapatkan perlindungan sewajarnya.

    Meskipun sukar untuk menentukan takaful yang harus diambil dan jumlah yang sesuai bagi setiap perlindungan, beberapa faktor boleh digunakan sebagai rujukan:
    • Dapatkan perlindungan untuk orang yang jika apa-apa berlaku kepadanya akan memberi kesan paling buruk kepada semua yang lain
    • Jangan biarkan anda terdedah kepada risiko yang anda tidak mampu untuk menghadapinya
    • Jangan sesekali membiarkan anda berhadapan dengan risiko kerugian yang besar hanya kerana ingin menjimatkan duit dan memilih pelan campuran yang perlindungannya adalah tidak menyeluruh dan terhad

  5. Bayar untuk apa yang anda akan dapat
    Pengetahuan yang tepat tentang perlindungan takaful membolehkan pengguna membayar harga yang berpatutan untuk perlindungan takaful mereka. "Harga yang berpatutan" berlaku apabila takaful dipilih menyediakan pengguna dengan jumlah perlindungan terbaik dan diperolehi setelah pengguna membuat penelitian menyeluruh bagi empat perkara diatas. Harga ini tidak semestinya adalah yang termurah atau termahal. Harga termurah mungkin diberikan oleh syarikat takaful yang status kewangannya boleh dipersoalkan. Ia juga mungkin ditawarkan oleh agen yang tidak mendapat latihan yang mencukupi dan kurang pengetahuan. Syarikat takaful yang polisi mereka tidak memberi perlindungan setimpal dengan apa yang syarikat takaful lain berikan juga mungkin menawarkan harga yang murah bagi produk mereka. Sebab-sebab inilah yang memerlukan pengguna memikirkan semasak-masaknya kesemua empat kriteria diatas. Seterusnya, tentukan harga yang berpatutan bagi perlindungan takaful yang dikehendaki tanpa rasa ragu-ragu.

Sediakan payung sebelum hujan

UMPAMA pepatah sediakan payung sebelum hujan, itulah konsep perlindugan takaful sebagai persiapan untuk menghadapi masa depan yang belum tentu. Walaupun banyak agensi perlindungan takaful beroperasi di negara ini, masih ramai lagi yang tidak memahami dan sedar mengenai kepentingan takaful walaupun ia memberi banyak kebaikan kepada mereka yang mengambilnya. Bagaimanapun, seandainya kita sentiasa beringat dan memahami pepatah orang tua, 'malang tidak berbau', sudah tentu kita akan menyertai insuran sebagai jaminan untuk menghadapi sebarang kemalangan dan kecemasan yang tidak disangka.

Istilah "malang tidak berbau" adalah ungkapan nasihat yang sering diucapkan bagi mengingatkan kita bahawa kecelakaan atau musibah hadir tanpa sebarang tanda atau isyarat. Apabila berdepan kecelakaan seperti terbabit dalam kemalangan, mangsa bukan saja mengalami kesakitan akibat kecederaan tetapi pada masa sama kewangan juga menjadi satu masalah besar kepada mereka.

Ramai yang tidak mahu memikirkan tentang konsep malang tidak berbau ini. Akibatnya apabila terkena batang hidung, barulah menyesal. Anda bagaimana? Adakah anda tergolong dalam golongan ini? Jangan tunggu hingga sudah terantuk baru terngadah. Sudah terlewat.

Selasa, 8 September 2009

Al kisah 2

Minggu lepas saya sempat menelefon seorang rakan dan bertanyakan status takaful beliau. Kata beliau buat masa ini dia tidak memerlukannya dan mencadangkan saya mencari prospek lain terlebih dahulu. Saya pun meminta nombor seorang lagi rakan yang bekerja di satu syarikat besar dan sudah memiliki seorang anak. Beliau menasihati saya supaya membatalkan niat saya kerana syarikat tersebut memberikan perlindungan tanpa had kepada pekerjanya. Betul ke?

Saya rasa kenyataan ini kurang tepat. Saya rasa perkara dibawah kurang diambil perhatian:
  1. Bagaimana kalau kita kena sakit dan penyakit ini mengganggu prestasi kerja kita?
    Syarikat mungkin boleh bertoleransi sekiranya kita sakit seminggu dua. Saya sendiri pernah patah tangan dan mendapat cuti sakit daripada hospital kerajaan selama 2 bulan tapi terpaksa kerja balik selepas seminggu berehat. Sekiranya jawatan yang kita pegang sekarang penting dan tidak boleh dikosongkan walaupun seminggu, adakah syarikat tidak akan berusaha mencari pengganti sekiranya kita bercuti 2,3 bulan atau prestasi kita menurun akibat penyakit?

  2. Kalau sakit je ok lagi, kalau lumpuh?
    Kita minta dari Allah supaya dijauhkan tapi risiko tetap risiko. Adakah syarikat akan menanggung makan minum, bil-bil, bayaran perubatan dan kos pendidikan anak kita kalau kita lumpuh? Bagaimana pula jika kita seorang sahaja yang mencari rezeki sebelum ini? Isteri akan terpaksa mencari kerja dan banyak lagi perkara berserabut akan berlaku.

  3. Paling tidak kita ingini adalah mati awal. Innalillahiwainna ilaihiroji'un
    Keadaan yang sama akan berlaku sekiranya kita meninggal awal. Syarikat mungkin akan memberi pampasan kepada balu kita tetapi adakah ini mencukupi untuk menanggung kos perubatan dan pendidikan anak-anak sehingga mereka berjaya?
Sekiranya seorang konsultan meninggal dunia, anda boleh dapatkan perlindungan secara takaful daripada agen lain. Kalau anda yang meninggal?

Isnin, 24 Ogos 2009

Cara mudah membasmi H1N1

Alhamdulillah, sudah tiga hari tiada kes kematian akibat H1N1 ni. Kata orang dulu-dulu, biar lambat asal selamat jadi kat bawah ni saya ingin kongsi sikit tentang cara-cara mudah untuk mengelakkan jangkitan:

  1. Senantiasa membasuh tangan. Tak kira la untuk buat apa pun, asalkan melibatkan tangan, sila basuh.
  2. Tahan diri anda sedaya upaya untuk tidak menyentuh muka dengan tangan anda (kecuali anda betul-betul terpaksa).
  3. Berkumur dua kali sehari dengan air suam bergaram (gunakan Listerine sekiranya anda tidak yakin dengan air suam bergaram). H1N1 akan mengambil masa 2-3 hari selepas jangkitan untuk merebak dan menunjukkan tanda-tanda jangkitan. Bagi seseorang yang masih sihat, berkumur dengan air suam bergaram mempunyai kesan positif dalam mengekang penyebaran virus. Cara ini memang mudah, tidak mahal dan berkesan.
  4. Bersihkan hidung anda dengan air suam bergaram sekurang-kurangnya sekali sehari.
  5. Tingkatkan imunisasi semulajadi badan dengan makanan yang kaya dengan vitamin C. Jika anda mengambil pil vitamin C, pastikan ia mengandungi Zinc/bioflavonoids untuk mempercepatkan penyerapan.
  6. Minum air suam sebanyak yang mungkin. Cara ini memberi kesan yang sama dengan berkumur tetapi dalam arah berlawanan. Cara ini menghalang penyebaran virus dari tekak ke perut.

Cara di atas amat mudah diamalkan dan tidaklah melibatkan kos yang tinggi. Semoga dapat disebarkan kepada sesiapa yang anda kenali dan yang penting amalkan.

Selamat berpuasa

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, kita semua dapat juga berjumpa dengan Ramadhan pada tahun ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua Muslim dan Muslimah. Saya juga ingin memohon maaf kalau ada salah dan silap sepanjang saya memulakan blog takaful ini. Semoga dapatlah kita menggandakan usaha dalam mencari keredhaan Allah swt.

Khamis, 13 Ogos 2009

H1N1 - Anda dilindungi dengan SmartMedic100

Assalamualaikum...

Berita baik untuk semua pemegang kad perubatan SmartMedic100. Anda adalah dilindungi sekiranya dijangkiti H1N1.

Islam mementingkan kebersihan. Oleh itu, sentiasalah jaga kebersihan diri anda walau dimana pun anda berada.

Senarai Hospital Khas (Designated Hospital) Swasta
Untuk Merawat Kes-Kes Influenza A(H1N1)


Wilayah Persekutuan KL & Selangor
1. Gleneagles Intan Medical Centre
2. Pantai Hospital Kuala Lumpur
3. Pantai Hospital Cheras
4. Sunway Medical Centre
5. Tropicana Medical Centre
6. Tung Shin Hospital
7. Sime Darby Medical Centre Subang Jaya Sdn. Bhd
8. Assunta Hospital, PJ
9. KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital KL
10. Sri Kota Specialist Medical Centre, Klang

Kedah
1. Kedah Medical Centre Sdn Bhd

Pulau Pinang
1. Gleneagles Medical Centre
2. Island Hospital
3. Loh Guan Lye Specialist Centre
4. Penang Adventist Hospital

Perak
1. Pantai Hospital Ipoh

Melaka
1. Pantai Hospital Ayer Keroh

Johor
1. KPJ Johor Specialist Hospital
2. Pantai Hospital Batu Pahat

Kelantan
1. Perdana Specialist Centre

Sabah
1. Sabah Medical Centre

Rabu, 12 Ogos 2009

Perlindungan punca pendapatan

Pengurusan kewangan yang baik bukanlah sekadar menggandakan wang sahaja. Ia patut merangkumi perlindungan bagi apa yang kita sudah miliki. Pakar kewangan menasihatkan agar mendapatkan perlindungan bagi rumah, kereta, kesihatan dan hidup kita. Apa yang kebanyakan dari kita lupa ialah untuk mendapatkan perlindungan bagi punca pendapatan kita atau dengan kata lain perlindungan pendapatan sekiranya terjadi sesuatu seperti lumpuh kekal dan penyakit kritikal.

Sekiranya majikan menyediakan faedah perlindungan di atas, kita mungkin merasakan ini sudah mencukupi. Anda silap di sini. Anda mungkin hanya memiliki rasa selamat yang tidak berasas dan sebenarnya tidak dilindungi. Jika anda benar-benar dilindungi, ia mungkin untuk tempoh sementara dan perlindungan yang diberi tidak mencukupi. Apa yang anda benar-benar perlukan ialah perlindungan jangka panjang, iaitu sehingga anda bersara.

Fikirkan, apa akan berlaku sekiranya anda mengalami lumpuh kekal? Adakah majikan akan menanggung anda hingga umur persaraan? Jika anda selalu sakit dan ini mengganggu prestasi kerja anda, adakah majikan hanya melihat sahaja tanpa sebarang tindakan? Sebab itu saya katakan bahawa rasa selamat anda tidak berasas dan anda sebenarnya tidak dilindungi sepenuhnya.

Kenapa kita memerlukannya?
Sepanjang tempoh bekerja, di tempat kerja atau semasa ingin pergi ke / balik dari tempat kerja; kita adalah lebih cenderung untuk mengalami kelumpuhan berbanding kematian. Hampir satu daripada tiga pekerja akan mengalami kelumpuhan selama tiga bulan atau lebih dalam sepanjang tempoh mereka bekerja.

Masalahnya ialah, kelumpuhan bukan berakhir begitu sahaja. Kesan dari kelumpuhan ini boleh berterusan selama berbulan-bulan atau mungkin bertahun dan ini memberi kesan kewangan kepada diri dan keluarga. Jika anda tidak bekerja, pendapatan akan terhenti tetapi bil dan kos tetap terkumpul dan bertambah. Dengan kata lain, ini bermaksud bahawa halangan utama untuk hidup dengan aman dan tenang adalah sakit teruk dan kelumpuhan! Semakin muda diri anda, semakin tinggi risiko dan kesannya.

Sekiranya berlaku kemalangan atau penyakit seperti kanser, kita mungkin akan sembuh walaupun ia akan mengambil masa dan kita tetap dapat meneruskan hidup. Tetapi adakah kita masih dapat kembali melakukan pekerjaan asal kita? Kajian menunjukkan, peningkatan tahap kegemukan dan diabetes menyebabkan ramai pekerja lumpuh pada usia muda dan tidak dapat meneruskan pekerjaan asal mereka. Kanser pula menjadi penyebab utama kelumpuhan jangka panjang diikuti oleh komplikasi kehamilan, sakit belakang dan penyakit jantung.


Apakah ciri-ciri insuran/takaful yang diperlukan?
  • Cari polisi yang melindungi “pekerjaan sekarang”. Ini bermaksud, anda akan dilindungi sekiranya anda tidak dapat melakukan pekerjaan yang anda lakukan sekarang. Jika polisi anda adalah untuk semua pekerjaan, asalkan anda masih mampu melakukan pekerjaan, anda tidak akan dilindungi.

  • Pastikan perlindungan adalah sehingga umur persaraan. Polisi dengan jangka masa perlindungan yang pendek adalah lebih murah dan menarik tetapi tidak benar-benar berguna. Sekiranya berlaku kelumpuhan jangka panjang, keluarga akan menanggung risiko yang besar.

  • Ketahui berapa lama anda boleh bertahan sebelum faedah perlindungan bermula. Jika anda memiliki simpanan kecemasan yang mencukupi untuk enam bulan, anda boleh memanjangkan tempoh sebelum mula menggunakan duit dari insuran/takaful anda. Anda akan mempunyai masa untuk merancang strategi terbaik dalam menguruskan kewangan untuk masa mendatang. Dari kajian, 70% pekerja mempunyai cukup duit untuk tidak bekerja selama sebulan sahaja sebelum keperluan seharian memaksa mereka bekerja semula. Sekiranya tidak dapat bekerja, pilihan yang tinggal adalah berhutang.

  • Tentukan berapa faedah yang anda inginkan. Kebanyakan polisi akan menawarkan faedah setinggi yang mungkin, selagi anda mampu. Tentukan berapa yang anda mampu dan kalau boleh, cari polisi yang boleh ubah. Sekiranya anda lebih berkemampuan di masa hadapan, anda dapat menambah premium dan akan mendapat faedah yang lebih tinggi. Begitu juga sebaliknya. Ambil kira semua risiko yang boleh berlaku dan masukkan ke dalam pengiraan anda.

  • Syarikat insuran/takaful mengklasifikasikan anda mengikut kelas pekerjaan. Seorang kontraktor awam, adalah terletak di dalam kategori berisiko tinggi. Syarikat insuran/takaful amat berhati-hati untuk meluluskan permohonan jika punca pendapatan seseorang sukar untuk disahkan. Ini termasuklah kategori pekerjaan dari rumah seperti pereka cipta sambilan, penulis, konsultan dan akauntan. Walaupun begitu, semakin lama anda terlibat dengan bidang ini, semakin banyak rekod pendapatan yang anda miliki, semakin rendah risiko diri anda di kaca mata syarikat insuran/takaful. Kadar bagi perempuan adalah lebih tinggi berbanding lelaki pada umur yang sama, kerana risiko seorang perempuan mengalami kelumpuhan jangka panjang adalah lebih tinggi.

  • Pastikan polisi anda adalah terjamin pembaharuannya. Ini bermaksud, perlindungan bagi diri anda adalah terjamin pembaharuannya sehingga tempoh matang atau tamat tempoh, selagi premium dibayar secara tetap pada waktunya. Syarikat insuran/takaful tidak boleh menukar mana-mana isi polisi, kecuali kadar premium sehinggalah tarikh matang. Kadar premium pula hanya boleh ditukar sekiranya perubahan dilakukan pada semua polisi dengan faedah yang sama dan melindungi kelas risiko yang sama.
  • Kita semua akan MATI

    Satu kenyataan yang mudah sahaja tapi tidak boleh ditolak ialah kita semua akan MATI.

    Seseorang boleh mati akibat dari kemalangan kereta, kemalangan di tempat kerja, kanser, serangan lemah jantung, penyakit berjangkit, umur tua dan bermacam sebab lagi. Tidak ada orang yang dapat memilih CARA untuk mereka mati, TEMPAT mati dan juga BILA mereka akan mati. Begitu juga kita. Kita tidak dapat memilih samada anak kita akan menghidap sakit yang serius atau tidak. Terdapat ramai orang yang sihat, yang hidup dengan cara sihat tetapi tetap juga mengalami sakit kanser. Ada ramai kanak-kanak yang mati akibat tumor otak, leukemia dan penyakit jantung. Kita boleh mengawal makanan yang diambil dan cara hidup kita dan keluarga kita. Semua ini boleh mengurangkan risiko menghidap penyakit di atas tetapi ia tidak menghapuskan risiko ini.

    Perkara terbaik yang patut dilakukan adalah memilih perlindungan insuran/takaful yang terbaik berdasarkan di mana anda berada pada hari ini, dengan mengambil kira siapa yang akan menerima kesannya sekiranya anda jatuh sakit atau meninggal dunia hari ini. Jangan lupa untuk sentiasa menilai dan membaharui perlindungan anda berdasarkan kehendak dan keadaan semasa kerana keadaan dan pengalaman senantiasa berubah. Kadangkala kita perlukan lebih, kadang-kadang kurang.

    Saya tidak berkongsi ini semua untuk menakut-nakutkan anda dan membuatkan anda menghabiskan duit anda untuk mendapatkan insuran/takaful. Saya hanya ingin menggalakkan anda berfikir secara serius dan nyata tentang apa yang akan berlaku sekiranya kereta anda rosak atau anda hilang sebelah kaki atau tetiba anda perasan ada benjol ditempat yang tidak sepatutnya atau anda tidak dapat lagi pulang ke rumah.

    Setiap orang memerlukan perlindungan insurans/takaful yang berbeza. Tiada satu pun perkara di atas yang patut dianggap melucukan. Kesilapan paling mahal yang kita boleh buat adalah percaya bahawa ia tidak akan sesekali berlaku pada kita atau orang yang kita sayangi.

    Isnin, 10 Ogos 2009

    Kenapa susah sangat?

    Saya merasa hairan dengan cara pemikiran kebanyakan orang yang saya temui. Kata paham tapi tak boleh nak buat. Beria-ria kata betul tu, betul ni, tapi bila saya tanya bila nak mulakan, macam-macam alasan diberi. Tak apalah, nanti dulu, lepas kahwin la, bila anak dah besar, tunggu cukup duit la adalah antara yang biasa didengar.

    Setiap orang pasti sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin terlalu sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab hinggakan tidak mempunyai masa langsung. Jadi hanya alasan sajalah yang dapat diberi. Sekurang-kurangnya dengan berpegang kepada alasan ini, dapatlah menenangkan diri dan mengurangkan rasa tidak selesa akibat tidak dapat melakukan perkara yang sememangnya patut dilakukan dari awal lagi. Masalahnya, patutkah kita menunggu sehingga sudah jatuh ditimpa tangga, baru kita ingin bermula?

    Saya tidak bercakap pasal perlindungan takaful sahaja di sini. Saya rasa pelik sebab sudah tau sesuatu tu bagus dan elok dimulakan atau dihentikan dari awal tapi tetap nak bertangguh juga.

    Contohnya adalah penggunaan kad kredit. Kenapa ramai orang Islam memilih untuk menggunakan kad kredit walaupun tahu mereka akan terlibat dengan riba. Senang digunakan? Takut nak bawa wang tunai banyak-banyak? Yakin dengan diri bahawa boleh mengawal penggunaan kad ini hinggakan tidak mungkin berlaku riba? Kalau begitu kenapa sekarang ini ramai yang diistiharkan muflis akibat tidak mampu membayar hutang kad kredit? Sekarang pun ramai yang lebih suka menyimpan dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang. Memang ada yang dapat mengawal diri. Bayar on time. Sebaik-baiknya kita cuba mengelakkan diri dari terlibat dengan riba. Sekarang ini pun ada banyak pilihan lain. Kad debit Al-Rajhi contohnya, adalah lebih baik dan menguntungkan.

    Apabila memulakan satu sistem simpanan untuk tujuan tertentu seperti deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya adalah belanja perubatan yang mahal, hilang upaya untuk bekerja dan kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata? Adakah perlindungan yang kita miliki pada masa ini mencukupi?

    Bagaimana pula dengan masalah inflasi? Bayangkan kos pendidikan anak-anak 10 tahun yang akan datang. Wujud lagikah PTPTN? Kalau wujud pun, adakah semua orang layak? Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Adakah duit simpanan kita ini mencukupi untuk menampung kesan akibat inflasi?

    Wahai pembaca budiman, diharapkan anda sekarang tahu di mana kesilapan anda. Seterusnya saya cadangkan supaya anda betulkan sebarang kesilapan di atas dan ambil tindakan segera. Janganlah suka bertangguh kerana bertangguh itu pencuri masa.

    Rabu, 15 Julai 2009

    Kisah seorang janda

    Suatu pagi seorang suami seperti biasa bersiap untuk ke tempat kerja. Dalam perjalanan ke kilang tempat beliau bekerja, beliau telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang dahsyat. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian dengan meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan berusia 5 tahun. Di luar rumah mereka, terdengar bunyi ketukan di pintu. Apabila si isteri membuka pintu, beliau terkejut melihat tiga orang anggota polis dengan diketuai seorang Inspektor berdiri di luar. Dengan nada yang pilu, Inspektor berkenaan terpaksa menyampaikan berita yang menyedihkan itu kepada si isteri yang berdiri kaku. Jeritan dapat didengar oleh jiran apabila berita tersbut disampaikan kepada beliau. Apa yang dapat dilakukan lagi kerana kematian itu adalah benar.

    Dua minggu kemudian, seorang jiran menceritakan bagaimana beliau melihat sebuah lori kecil berhenti dihadapan rumah balu tersebut dan beberapa lelaki telah masuk ke dalam rumah. Selang beberapa minit, lelaki-lelaki ini keluar dengan membawa bersama-sama mereka beberapa peralatan berharga dari rumah tersebuut seperti peti sejuk, televisyen, mesin basuh dan set hi-fi. Selang beberapa hari kemudian datang sebuah lagi lori dan kali ini mereka membawa keluar set sofa, set meja makan, alamari besar dan sebuah katil besar.

    Satu bulan kemudian, jiran mereka dapat menyaksikan satu lagi senario. Kali ini, empat orang lelaki yang berbadan tegap datang ke rumah tersebut. Setelah salam diberi, si balu tersebut yang kebelakangan ini jarang dapat dilihat oleh jiran mereka keluar untuk menemui lelaki-lelaki ini. Salah seorang lelaki tersebut telah mengeluarkan sehelai kertas dan menunjukkan kepada balu tersebut sambil menunjuk-nunjuk ke arah kereta Toyota Corolla. Kemudian balu tersebut dengan rela hati menyerahkan kunci kereta kepada mereka dan mereka pergi meninggalkan balu tersebut yang berdiri kaku sambil menyapu air matanya yang mengalir dipipi. Lelaki tersebut adalah wakil daripada syarikat kewangan yang datang untuk menarik kereta kerana bayaran telah tertunggak.

    Beberapa hari selepas itu, jiran tersebut menyaksikan seorang penjual akhbar datang ke rumah balu tersebut. Kali ini jiran mereka hampir tidak mengenali si balu kerana terdapat banyak perubahan pada dirinya dari rambutnya yang agak kusut dan berat badan yang menurun. Sejak akhir-akhir ini beliau tidak pernah bercakap dengan jiran-jiran hatta anak perempuan beliau yang baru berusia lima tahun jarang kelihatan bermain-main dengan teman-temannya. Penjual akhbar tersebut mahu beliau menjelaskan hutang akhbar yang dilanggani oleh arwah suaminya beberapa bulan yang lalu. Si balu cuba menerangkan keadaannya dan kesempitan hidup yang beliau hadapi sekarang. Seolah-olah tidak mengendahkan penderitaan yang dihadapi oleh balu tersebut, penjual akhbar itu tetap mendesak agar hutangnya dilangsaikan hari itu juga. Dengan langkah yang lesu, akhirnya balu tersebut masuk ke dalam rumah meninggalkan penjual akhbar berdiri di luar. Beberapa minit kemudian, jiran mereka dapat mendengar bunyi seperti bunyi pecahan kaca dan disusuli oleh tangisan si anak yang berkata "Mama, tu duit Ani, jangan ambil duit Ani". Ternyata beliau telah memecahkan tabung anaknya untuk menjelaskan hutang kepada penjual akhbar.

    Selepas itu tidak banyak berita yang didengar mengenai balu yang baru kematian suami ini. Tiada siapa yang mengetahui atau ingin mengambil tahu tentang beliau dan penderitaan yang beliau tanggung semenjak beliau kehilangan suami. Walaupun terdapat jiran yang bersimpati, mereka hanya mampu mencurahkan rasa simpati dan tidak mampu untuk membantu kerana mereka pun mempunyai tanggungan mereka sendiri.

    Pada suatu hari, di kala matahari sedang menyinarkan cahayanya yang menerangi bumi, sebuah kereta Volvo berwarna biru yang berkilauan berhenti di hadapan rumah balu tersebut. Seorang lelaki yang berpakaian kemas dan bertali leher keluar dari kereta dan menuju ke rumah si balu lalu memberi salam. Selepas beberapa kali memberi salam dan mengetuk pintu rumah tersebut, beliau masih belum menerima sebarang jawapan. Tanpa berputus asa lelaki tersebut mengelilingi rumah itu dengan harapan dapat berjumpa dengan seseorang untuk bertanya. Dari jauh beliau dapat merasakan bahawa jiran-jiran sedan memerhatikan gelagat beliau. Kerana menyangkakan kehadiran lelaki tersebut juga mewakili mana-mana syarikat kewangan yang datang untuk menagih hutang, maka jiran tersebut telah berkata dari jauh, "Maaf encik, tiada orang di rumah. Mereka semua dah pindah".

    Mengesyaki jiran tersebut cuba merahsiakan sesuatu, lelaki tersebut terus ke rumah jiran tersebut dan berkata, "Maafkan saya kerana mengganggu puan. Nama saya Rizal Naidu Abdullah. Saya mewakili salah sebuah syarikat insuran di Malaysia. Sebenarnya arwah ada membeli satu polisi insuran daripada saya. Tujuan saya datang hari ini adalah untuk menyerahkan cek pampasan kepada puan Siti. Puan tahu ke dimana puan Siti sekarang?"

    Tanpa memberi peluang lelaki tersebut menghabiskan percakapannya, jiran tersebut terus berlari ke arah rumah balu itu sambil menjerit-jerit memanggil nama beliau. "Siti, Siti, buka pintu. Ada orang insuran datang nak bagi duit".

    Kegembiraan jelas terbayang di wajah jiran tersebut. Beberapa minit selepas itu, kedengaran pintu dibuka. Agen tersebut seolah-olah tidak percaya melihat keadaan puan Siti yang berserabut dan keadaan fizikal yang agak kurus. Beliau memperlawa masuk dan pada saat itu hampir keseluruhan jiran datang berkumpul untuk menyaksikan sesuatu yang paling menggembirakan.

    Agen tersebut berkata, "Puan Siti, puan tak kenal saya lagi? Sebenarnya saya pernah datang ke rumah puan untuk menerangkan tentang insuran kepada arwah suami puan dua tahun yang lalu. Tetapi pada masa itu puan melarang suami puan dari membelinya. Tetapi kerana cinta Allahyarham terhadap puan begitu mendalam, beliau tetap juga membeli satu polisi bernilai RM50,000.00 daripada saya dan meminta agar saya merahsiakannya daripada pengetahuan puan. Kedatangan saya pada hari ini ialah untuk menyerahkan cek pampasan insuran suami puan. Puan, saya berharap, puan gunalah wang ni dengan sebaik-baiknya dan berikanlah pendidikan yang sempurna kepada anak puan. Walau bagaimanapun, saya minta maaf kerana agak terlewat datang kerana saya baru saja mengetahui tentang kematian suami puan."

    Si balu seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru saja didengarnya. Air mata kegembiraan kelihatan mengalir di kedua-dua belah pipinya. Beliau menangis kegembiraan sambil memeluk anak kesayangannya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada agen tersebut dan diikuti oleh jiran-jiran beliau, semuanya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga. Suasana bertukar menjadi ceria dan kedukaan bertukar menjadi kegembiraan. Air mata kegembiraan jelas dapat dilihat pada pipi setiap yang hadir.

    Bermula dari hari itu, saya tahu bahawa tugas yang saya lakukan selama ini adalah satu tugas yang mulia di dunia ini. Saya berjanji akan terus memberi perlindungan kepada setiap keluarga yang saya temui. Saya tidak dapat menggambarkan kepada anda semua bagaimana perasaan saya ketika itu. Anak kecil mereka yang comel boleh kembali bermain-main bersama-sama kawan-kawannya dengan penuh kegembiraan. Keluarga tersebut tidak lagi perlu memikirkan tentang duit untuk membiayai persekolahan anaknya. Si balu dapat hidup dengan aman dan tenang.

    Dipetik daripada buku Power Closing oleh Dr Rizal Naidu.

    Jom bersama saya

    Saya ingin mengajak sesiapa sahaja yang berumur 18-35 tahun untuk bersama-sama saya menjadi consultant MAA Takaful.

    Tiada masa? Tak berani mencuba?

    Belum cuba belum tahu kemampuan diri sendiri. Kalau saya tak cuba, saya sendiri pun takkan tahu kemampuan saya.

    Kepada sesiapa yang masih berfikir-fikir, jangan tambah pening kepala anda memikirkan boleh ke tak, layak ke tak? Bertindak sekarang untuk menjadi consultant MAA Takaful. Belum cuba belum tahu. Anda akan diajar oleh leader-leader yang berkebolehan hingga anda berjaya. Semuanya bergantung kepada keinginan anda sendiri.

    Antara kelebihan bekerja sebagai consultant Takaful adalah:

    TIADA RISIKO!
    Inilah satu-satunya bisnes yang saya rasa tidak mempunyai sebarang risiko! Tiada modal permulaan diperlukan untuk menjalankan bisnes ini. Mungkin modalnya ialah perlu keluar wang untuk belanja client minum di kedai dan kredit telefon untuk membuat panggilan telefon kepada client. TIDAK PERLU FIKIR SEWA KEDAI, BIL ELEKTRIK DAN AIR, NAK GAJIKAN STAF, NAK SIMPAN STOK, KECURIAN STOK DLL.

    GANJARAN HEBAT DAN BERTERUSAN!
    Banyak sebenarnya ganjaran yang diberikan kepada seseorang consultant MAA Takaful. Selain komisyen lumayan, anda juga berpeluang mendapat bonus tahunan, peluang melancong ke luar negara, anugerah kecemerlangan dari syarikat, cawangan dan agensi, peluang kenaikan pangkat tanpa perlu nak dengki kat sapa-sapa beserta hadiah-hadiah yang diberikan dari masa ke semasa.

    PASARAN YANG MASIH LUAS!
    Berdasarkan kajian hanya lebih kurang 32% dari keseluruhan rakyat Malaysia yang dilindungi insurans/takaful. Anda akan berpeluang untuk MENOLONG mereka ini memiliki PERLINDUNGAN yang diperlukan.

    PRODUK YANG PELBAGAI DI MAA!
    Ada lebih 30 produk di MAA. Jadi anda mempunyai pilihan yang cukup luas untuk memperkenalkan produk apa. Untuk pengetahuan anda, ada yang berjaya hanya dengan menerangkan tentang produk kad perubatan sahaja. Ini semua bergantung kepada anda sepenuhnya! Anda punya bisnes, anda tentukan!

    MASA YANG LEBIH FLEKSIBEL!
    Anda tentukan bila nak jumpa client. Anda tentukan berapa ramai yang ingin anda jumpa setiap hari. Anda akan mempunyai lebih masa untuk mereka yang anda sayangi.

    Jangan bertangguh. Cuba lah kemampuan diri anda hari ini. TAK CUBA, ANDA TAK TAHU. MULAKAN SEKARANG!

    Isnin, 13 Julai 2009

    Saya adalah polisi anda

    "Anda dan saya mempunyai tujuan yang sama. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyediakan makanan, pakaian, perlindungan, persekolahan, perubatan, dan pelbagai perkara lain yang anda sediakan untuk orang yang anda sayangi. Anda melakukan semua ini sementara saya hanya berada di tempat yang selamat.

    Saya percaya dan yakin dengan anda. Sebahagian dari pendapatan anda digunakan untuk pengurusan diri saya. Kadangkala, saya seolah-olah tidak berguna langsung buat anda - tetapi suatu hari (tidak ada seorang pun yang tahu bila), anda dan saya akan bertukar tempat.

    Apabila tiba masa untuk anda berehat selamanya, saya akan bangun dan melakukan kerja yang pernah anda buat. Saya akan menyediakan makanan, pakaian, perlindungan, persekolahan, perubatan dan segalanya yang diperlukan oleh keluarga anda sepertimana yang sedang anda lakukan sekarang. Segala kerja dan penat lelah anda akan disambung dan diwarisi oleh saya. Melalui saya, tanggungjawab anda terhadap keluarga anda akan diteruskan.

    Bilamana anda merasakan harga yang anda bayar membebankan, ingatlah bahawa saya akan melakukan untuk anda dan keluarga anda lebih daripada apa yang telah anda lakukan untuk saya.

    Jika anda telah menjalankan tanggungjawab anda, saya juga akan melakukan perkara yang sama."

    Rabu, 8 Julai 2009

    36 Penyakit Kritikal (Critical Illness)

    1. Serangan Penyakit Jantung - Kematian sebahagian otot jantung akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti melalui:
      • mengalami kesakitan dada biasa yang berpanjangan; dan
      • perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini ; dan
      • peningkatan tahap enzim kardiak yang melebihi tahap normal makmal
    2. Penyakit Arteri Koronari yang memerlukan Pembedahan - Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasti, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser.
    3. Strok - Ditakrifkan sebagai suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari 6 bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan seperti inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurologi.
      Dikecualikan secara khusus adalah simptom serebral akibat serangan iskemik perantara, sebarang kepincangan iskemik neurological boleh sembuh, iskemik vertebrobasilar, symptom cerebral akibat migrain, kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hipoksia dan vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optic atau fungsi vestibule.
    4. Kanser - Kanser ditakrifkan sebagai ketumbuhan tidak terkawal dan penularan sel-sel malignan serta serangan dan kemusnahan tisu-tisu normal menyebabkan rawatan atau pembedahan (kecuali prosedur endoskopi sahaja) dianggap perlu. Kanser ini mesti disahkan melalui pembuktian histologi malignan.
    5. Kegagalan Buah Pinggang - Kegagalan buah pinggang di peringkat akhir iaitu apabila kedua-dua buah pinggang gagal berfungsi dan dianggap kronik serta tidak dapat dipulihkan semula dan mengakibatkan rawatan dialisis buah pinggang berkala perlu dimulakan atau menjalani pemindahan buah pinggang.
    6. Lumpuh - Hilang keupayaan untuk menggunakan kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki secara menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelumpuhan akibat penyakit atau kecederaan secara berterusan selama sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh trauma atau penyakit itu.
    7. Pemindahan Organ Utama - Menjalani pembedahan pemindahan sebagai penerima organ manusia yang berikut:
      • Buah Pinggang
      • Paru-paru
      • Hati
      • Jantung
      • Sum-sum tulang
    8. Sklerosis Pelbagai/Berbilang - Diagnosis yang jelas tanpa ragu oleh seorang pakar neurologi untuk mengesahkan gabungan berikut yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya 6 bulan:
      • Symptom yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad putih) yang melibatkan saraf optik, pangkal otak dan saraf tunjang yang menghasilkan kepincangan neurologi yang ketara; dan
      • Kepelbagaian atau keberasingan ketara lesion; dan
      • Catatan sejarah yang didokumentasikan dengan rapi tentang keadaan simptom atau kekurangan neurologi yang bertambah tenat atau semakin pulih.
      • Hepatitis Virus Fulminan - Penyakit ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati separa besar hingga kepada besar akibat serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada kegagalan hati. Kriteria diagnostik yang perlu ada ialah:
        • Penguncupan saiz hati yang cepat seperti yang dikesan melalui ultrabunyi abdomen; dan
        • Nekrosis melibatkan keseluruhan lobul, dengan hanya meninggalkan rangka reticulum yang musnah; dan
        • Penyakit kuning yang teruk.

      • - Jangkitan Hepatitis B atau status pembawa sahaja tidak memenuhi criteria diagnostik.
      • Hypertensi Arteri Pulmonari Utama - Bermaksud hipertensi pulmonari utama dengan pembesaran ventrikul kanan yang ketara yang disahkan melalui siasatan termasuklah kardiak katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan tidak boleh sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 mengikut Klasifikasi New York Heart Association untuk kepincangan kardiak, dan menyebabkan yang dilindungi tidak boleh melakukan pekerjaan biasa.
      • Koma - Keadaan tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada 96 jam, memerlukan system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan neurologi sehingga melebihi 30 hari. Pengesahan oleh seorang pakar neurologi mestilah diperolehi. Koma yang diakibatkan secara langsung daripada kecederaan sengaja terhadap diri sendiri, penyalahgunaan dadah atau alkohol adalah terkecuali.
      • Buta - Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh dibaik pulih. Pengesahan bersijil oleh ahli oftalmologi diperlukan.
      • Penggantian Injap Jantung - Telah menjalani pembedahan dada-terbuka untuk mengganti atau membaiki injap kardiak akibat ketidaksempurnaan atau keadaan tidak normal yang terjadi pada injap jantung selepas tarikh kontrak berkuatkuasa atau selepas tarikh berkuatkuasa semula. Pembaikan melalui pembedahan injap (valvotomi), prosedur infra-arteri, pembedahan lelubang kunci (key-hole) atau teknik-teknik seumpama adalah secara khususnya dikecualikan.
      • Pembedahan Aorta - Telah menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang pada aorta atau koarktasi aorta. Untuk tujuan takrifan ini, aorta bermaksud aorta thorasik dan aorta abdomen tetapi tidak termasuk cabang-cabangnya.
      • Penyakit Alzhemier - Kemerosotan atau kehilangan daya intelektual atau berkelakuan tidak normal yang terbukti dengan keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diperakui atau ujian daripada Penyakit Alzheimer atau kepincangan kemerosotan organik dalam otak yang tidak boleh sembuh kecuali neurosis, penyakit psikiari, dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau alkohol, menyebabkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan social di mana hayat dilindungi perlu diawasi sepanjang masa. Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh seorang pakar perubatan yang berkaitan.
      • Hilang Pendengaran/Pekak - Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua telinga secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh sembuh akibat penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk audiometrik dan ujian ambang bunyi mesti dikemukakan.
      • Hilang Percakapan - Hilang keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan tidak boleh dibaik pulih secara berterusan untuk tempoh selama 12 bulan. Bukti perubatan yang mengesahkan kecederaan atau penyakit saluran suara yang menyokong kehilangan keupayaan ini mesti disediakan oleh seorang pakar berkaitan (Telinga, Hidung, Tekak).
      • Kebakaran Parah - Kecederaan terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus permukaan tubuh badan hayat dilindungi seperti diukur mengikut "Hukum 9" dalam carta Permukaan Badan Lund & Browder.
      • Penyakit Membawa Maut - Hayat dilindungi mestilah menderita akibat keadaan penyakit, yang pada pendapat pakar perubatan yang berkaitan akan membawa kepada kematian dalam jangkamasa 12 bulan. Hayat dilindungi mesti tidak lagi menerima rawatan secara aktif selain daripada rawatan untuk melegakan kesakitan sahaja.
      • AIDS disebabkan oleh Pemindahan Darah - Hayat dilindungi dijangkiti virus HIV atau AIDS dengan syarat:
        • Jangkitan tersebut adalah dari pemindahan darah yang dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
        • Hayat dilindungi tidak menghidapi haemophiliac; dan
        • Hayat dilindungi bukan ahli kumpulan berisiko tinggi (tidak terhad kepada homoseksual, penyalahgunaan dadah secara suntikan atau pelacur).

        Notis pemberitahuan dan bukti kejadian mesti dikemukakan secara bertulis daripada pihak berwajib kesihatan yang mengesahkan bahawa jangkitan terjadi secara perubatan.
      • Penyakit Motor Neuron - Penyakit motor neuron yang tidak diketahui etiologinya dicirikan oleh kemerosotan berterusan saluran kortikospinium dan sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosis lateral primer.
        Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang pakar perubatan neurologi.
      • Penyakit Parkinson - Diagonosis jelas dan tanpa ragu Penyakit Parkinson oleh seorang pakar neurologi di mana penyakit berkeadaan:
        • tidak boleh dikawal dengan pengunaan ubat; dan
        • menunjukkan tanda kemungkinan kepincangan berlarutan.

        Aktiviti penilaian kehidupan harian mengesahkan kehilangupayaan hayat dilindungi untuk melakukan tanpa bantuan sekurang-kurangnya 3 perkara berikut:
        • Pengalihan - Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
        • Pergerakan - Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
        • Buang air/penggunaan tandas - Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
        • Berpakaian - Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
        • Mandi/Membasuh - Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
        • Makan - Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

        Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali.
      • Penyakit Hati Kronik - Kegagalan hati peringkat akhir dengan kewujudan kesemua penyakit berikut:
        • Penyakit kuning kekal
        • Askit
        • Ensefalopati
        • Hipotensi portal

        Wernicke’s ansefalopi dan penyakit hati sekundar akibat penyalahgunaan dadah dan alkohol adalah terkecuali.
      • Penyakit Paru-paru Kronik - Kegagalan system pernafasan di peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik. Semua kriteria-kriteria berikut mesti dipenuhi:
        • Memerlukan terapi oksigen kekal oleh sebab hasil ujian berterusan FEV1 bernilai kurang daripada satu liter. (Isi padu Penghembusan Nafas Paksaan semasa saat pertama bagi suatu penghembusan nafas paksaan).
        • Analisis Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa kurang dari atau bersamaan 55mmHg.
        • Disponea ketika berehat
      • Anaemia APlastik - Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya satu daripada kaedah berikut:
        • Pemindahan produk darah secara berkala
        • Agen perangsang sum-sum
        • Agen imunosupresif
        • Pemindahan sum-sum tulang
      • Distrofi Otot - Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan oleh seorang pakar nuerologi dengan gabungan 3 daripada 4 keadaan berikut:
        • Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya menghidap penyakit ini
        • Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan deria gangguan, cecair spina serebo biasa dan pengurangan refleks tendon yang sederhana
        • Elektromiogram sifatan
        • Kesangsian klinikal yang disahkan oleh biopsi otot

        Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun terkecuali daripada takrifan ini.
      • Poliomielitis - Diagnosis tanpa ragu oleh seorang pakar neurologi tentang jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas atau daya pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan. Kes-kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh (seperti sindrom Guillain-Barre) adalah terkecuali.
      • Meningitis Bakteria - Meningitis bacteria yang menyebabkan inflamasi membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kepincangan neurologikal kekal selama tempoh minima tiga puluh hari dan kehilangan upaya melakukan sekurang-kurangnya 3 Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan "kekal" ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa. Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :
        • Pengalihan - Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
        • Pergerakan - Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
        • Buang air/penggunaan tandas - Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
        • Berpakaian - Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
        • Mandi/Membasuh - Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
        • Makan - Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

        Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurologi.
      • Tumor Otak Benigna - Suatu tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh mengancam nyawa, yang mengakibatkan timbulnya ciri-ciri peningkatan tekanan intrakaranium seperti papiloedema, symptom mental, tidak sedar diri dan kepincangan deria. Kehadiran tumor ini mesti disahkan oleh kajian imej gambar imabasan CT atau MRI.
      • Eusefalitis - Ditakrif sebagai inflamasi bahan otak yang teruk mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh hari dan disahkan oleh seorang pakar neurologi. Kepincangan kekal ini mesti mengakibatkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya 3 Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Bagi tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan "kekal" ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa. Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah:
        • Pengalihan - Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
        • Pergerakan - Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
        • Buang air/penggunaan tandas - Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
        • Berpakaian - Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
        • Mandi/Membasuh - Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
        • Makan - Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.

        Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurologi.
      • AIDS Termanifestasi Sepenuhnya - Manifestasi klinikal AIDS (Acquired Immuno-deficiency Virus) mesti disokong dengan keputusan positif ujian antibodi HIV(Human Immuno-deficiency Virus) dan satu ujian pengesahan Western Blot. Sebagai tambahan, hayat dilindungi juga mesti mempunyai kiraan sel CD4 yang kurang dari dua ratus dan memenuhi satu atau lebih daripada kriteria berikut:
        • Kehilangan berat badan melebihi 10 peratus daripada berat badan di sepanjang tempoh kurang daripada 6 bulan(wasting syndrome);
        • Kaposi Sarcoma
        • Pneumocystic Carinii Pneumonia
        • Progressive multifocal leukoencephalopathy
        • Tuberculosis Aktif
        • Lymphocytes kurang daripada satu ribu
        • Malignant Lymphoma
      • Lain-lain Penyakit Arteri Koronari Yang Serius - Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD), ke tahap minimum 60 peratus atau lebih yang dibuktikan oleh arteriographi kronari. Manfaat ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan koronari arteri telah dilakukan.
      • Pembedahan Otak - Telah menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan anaestesia am dan kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut dilakukan. Bur Hole dan pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali.
      • Sindrom APPALIC - Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurologi dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya 1 bulan.
      • Kecederaan Kepala Utama - Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum 3 bulan dari tarikh truma atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh seorang pakar neurologi dan dipersetujui oleh Pegawai Perubatan Syarikat serta menyebabkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya 3 Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan "kekal" ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa. Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah:
        • Pengalihan - Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
        • Pergerakan - Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
        • Buang air/penggunaan tandas - Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
        • Berpakaian - Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
        • Mandi/Membasuh - Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
      • Kehilangan Anggota Badan - Putusnya secara fizikal kedua-dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki akibat kecederaan.

      Jumaat, 3 Julai 2009

      Al kisah 1

      Seorang lelaki yang saya temui bertanya kepada saya: "Kenapa aku nak ambil medical card ni? Kalau takde apa-apa berlaku, camne? Duit burn camtu je."

      Daripada soalan di atas, boleh la saya rumuskan bahawa:
      1. Tidak ada orang yang telah menerangkan kepentingan kad perubatan kepada beliau.
      2. Beliau seolah-olah meminta supaya apabila ambil kad perubatan, berlaku sesuatu ke atas dirinya supaya duit yang dibayar tidak hangus begitu sahaja.
      Nasihat saya ialah, jangan meminta agar ditimpa kemalangan atau penyakit. Jika anda secara kebetulan melalui satu tempat di mana berlakunya kemalangan, cuba anda tanya kepada orang yang terlibat:
      1. Saudara ada kad perubatan tak?.
      2. Saudara suka ke perkara ni berlaku ke atas saudara?.
      Soalan yang pertama: Jika beliau memiliki kad perubatan, alhamdulillah kerana segala kos perubatan akan ditanggung. Beliau tidak perlu bimbang terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk menanggung kos-kos yang akan dikenakan oleh pihak hospital.

      Soalan yang kedua: Anda mungkin akan dihadiahkan dengan penumbuk(jika tangan tak patah) atau penendang(kaki tak patah) kerana bertanyakan soalan ni. Tidak ada orang yang waras yang mahu dirinya sakit.

      Katakan saya mengambil seorang pengawal peribadi. Saya bayar beliau RM50 sebulan. Dalam tempoh setahun di bawah pengawasan beliau, tidak ada orang cuba mengganggu dan mengapa-apakan saya. Adakah patut jika saya meminta kembali duit yang dibayar kerana tiada gangguan berlaku ke atas diri saya?

      Seseorang mengambil kad perubatan adalah untuk mendapatkan perlindungan daripada risiko membayar kos perubatan yang mahal. Tidakkah anda terfikir bahawa duit yang dibayar adalah untuk perlindungan tersebut? Kita membayar perlindungan seperti mana contoh pengawal peribadi di atas.

      Bagi seorang Islam, duit yang dibayar tidak akan sesekali hangus begitu sahaja. Kenapa? Disinilah konsep Tabarru' memainkan peranan. Skim Takaful adalah skim dimana duit peserta akan dikumpulkan bersama-sama(pooling system). Jika seorang peserta mengalami musibah, duit yang terkumpul ini akan digunakan untuk membiayai kos perubatan beliau. Jika anda adalah salah seorang peserta dan tidak ada musibah menimpa anda sepanjang tahun, bersyukurlah kerana anda sihat sepanjang tahun dan duit anda pula telah digunakan untuk menolong peserta lain yang tidak bernasib baik.

      Lihat di sini untuk keterangan tentang salah faham terhadap takaful.

      PS: Kenyataan di atas adalah dari buah fikiran saya sendiri dan bukan daripada MAA Takaful Berhad.

      Khamis, 2 Julai 2009

      Kad Perubatan (Medical Card) SmartMedic 100

      Kami membantu anda merancang untuk sesuatu yang tidak diduga...
      Kemajuan dalam teknologi perubatan perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Ditambah pula dengan kos sara hidup dan pendidikan anak-anak, anda dan orang tersayang mungkin terpaksa menanggung kesempitan kewangan jika anda tidak merancang perbelanjaan hospital. Pembedahan yang tidak diduga dan tidak dapat dielakkan boleh menghabiskan keseluruhan simpanan anda.

      Dengan SmartMedic 100, kami menawarkan anda kemasukan hospital yang dijamin dan pengurusan segala bil-bil perubatan sejurus selepas anda keluar dari panel hospital kami. SmartMedic 100 memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan yang komprehensif dan berkualiti terutama sekali bila anda memerlukannya.

      SmartMedic 100 bekerjasama dengan Metronic iCares Services dalam menyediakan anda dengan bantuan percuma 24 jam bagi memudahkan urusan:
      • Kemasukan ke hospital
      • Penyelesaian terus ke atas bil-bil hospital sejurus selepas keluar hospital*
      SmartMedic 100 juga menyediakan perlindungan yang tidak ternilai sehingga umur 80 tahun! Diri anda dijamin dengan perlindungan ke atas sesuatu yang tidak dapat dielakkan apabila anda memperbaharui pelan ini, tertakluk kepada had seumur hidup. Di samping itu, SmartMedic 100 juga menawarkan faedah Khairat Kematian** sebanyak RM5000 yang mana akan dibayar jika berlaku kematian. Tambahan lagi, SmartMedic 100 dijamin pembaharuan sehingga berumur 80 tahun.

      Perlindungan di seluruh dunia...
      Anda boleh melancong dengan penuh ketenangan kerana anda sedia maklum bahawa anda akan dilindungi di mana-mana sahaja di serata dunia. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
      • Program Bantuan Perubatan Antarabangsa - pemindahan perubatan kecemasan, penyeliaan penghantaran balik dari segi perubatan, penghantaran ubat yang tidak boleh didapati di pasaran tempatan, penghantaran balik mayat, kepulangan anak-anak tanggungan, 24 jam khidmat bantuan untuk rujukan perubatan dan sebagainya.
      • Bantuan Perjalanan*** - menyediakan maklumat berkaitan inokulasi, keperluan visa, bantuan penemuan kehilangan bagasi, dokumen dan barang-barang persendirian, maklumat cuaca, maklumat pertukaran asing, aturan dan informasi penerbangan, rujukan perundangan, rujukan penterjemah dan penyampaian mesej kecemasan.
      • Bantuan Kereta*** - penundaan kecemasan 24 jam dan pembaikan kecil di tepi jalan, bantuan kereta sewa, bantuan urusan penginapan hotel dan rujukan kepada pusat-pusat perkhidmatan yang lain.
      • Bantuan Kediaman*** - perkhidmatan membaiki paip, tukang cuci, pembaikan am dan kawalan serangga perosak

      * Tertakluk kepada kelayakan dan faedah had pelan. Sila rujuk kepda jadual faedah.
      ** Faedah Khairat Kematian hanya didapati pada Pelan Asas SmartMedic 100 sahaja.
      *** Khidmat rujukan sahaja. Apa-apa perbelanjaan dan/atau tanggungan akan ditanggung oleh pemilik sijil. Segala khidmat bantuan disediakan oleh pihak ketiga dan penyambungan khidmat bantuan tersebut adalah tertakluk kepada perjanjian di antara Pengendali Takaful dan pengendali khidmat bantuan.

      Hospital-hospital Panel
      -Tambahan: Ampang Puteri Specialist Hospital bagi Kuala Lumpur.

      Jadual Faedah

      Nota: * Faedah Khairat Kematian hanya didapati pada Pelan Asas SmartMedic 100 sahaja.

      Jadual Caruman
      Nota:

      1. Caruman yang dinyatakan adalah tidak dijamin.
      2. MAA Takaful Berhad mempunyai had untuk menyemak kadar caruman apabila tiba masa pembaharuan dengan memberi notis dalam masa sembilan puluh (90) hari notis bertulis kepada peserta.
      Kelayakan
      Sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari sehingga 59 tahun yang mempunyai kadar kesihatan yang baik.

      Perkongsian Lebihan
      Lebihan pada akhir tahun(jika ada) akan dikongsi di antara peserta dengan MAA Takaful mengikut nisbah 50:50. Tiada lebihan akan dibayar jikalau peserta menyerahkan sijil kembali kepada MAA Takaful atau sijil dimansuhkan disebabkan oleh tuntutan yang dibuat.

      Pelepasan Cukai
      Caruman tahunan yang dibayar untuk SmartMedic 100 adalah layak untuk pelepasan cukai maksimum RM3000, tertakluk kepada keputusan muktamad dari Lembaga Hasil Dalam Negeri.

      Pengecualian
      Sebarang kecederaan/kesakitan berpunca daripada perkara-perkara seperti berikut:
      • Penyakit sedia ada
      • Penyakit tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan yang berterusan
      • Sesiapa sahaja yang menetap di luar negara melebihi 90 hari berturut-turut, yang mana sijil masih lagi aktif
      • Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan
      • Kecederaan diri sendiri dan perbuatan menyalahi undang-undang
      • Peperangan, mogok dan rusuhan
      • Sebarang operasi ketenteraan atau bersenjata
      • Kehamilan, keguguran kandungan atau kelahiran anak
      • Gangguan mental atau saraf
      • Penyalahgunaan alkohol dan dadah atau yang berkaitan dengannya
      • Pembedahan kosmetik, elektif atau plastik, keabnormalan atau kecacatan kongenital
      • Rawatan pergigian kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan
      • Pemeriksaan rutin kesihatan dan apa-apa pemeriksaan yang tidak melibatkan kemasukan ke hospital
      • Rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan
      • Perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh mana-mana badan/organisasi atau program perubatan dari mana-mana syarikat insurans dan Takaful
      • Penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, kemabukan, pensterilan, penyakit, venereal dan sekuelnya, AIDS atau ARC(Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang
      Nota: Pengecualian di atas tidak menyeluruh dan segala bentuk rujukan hendaklah dirujuk kepada klausa pengecualian di dalam sijil kontrak.

      Tarikh Tamat Sijil
      Sijil SmartMedic 100 akan tamat jika:
      1. Caruman anda tidak dibayar lebih daripada 31 hari.
      2. Pemegang sijil telah mencapai umur 80 tahun.
      3. Selepas pembayaran untuk Khairat Kematian.
      4. Jumlah faedah yang dibayar kepada pemegang polisi telah melepasi Had Seumur Hidup.
      5. Penamatan tempoh sijil asas(terpakai untuk sijil rider sahaja).

      NOTA
      • Menaiktaraf Bayaran Bersama Bilik dan Makan - Jika orang yang dilindungi dimasukkan ke dalam hospital pada kadar Bilik dan Makan yang lebih tinggi daripada manfaat yang dia layak, orang yang dilindungi hendaklah menanggung 10% daripada jumlah manfaat yang lain yang telah diterangkan dalam jadual faedah bagi setiap tuntutan.
      • Faedah Keseluruhan yang berbayar dalam masa setahun hendaklah tidak melebihi Had Tahunan Keseluruhan.
      • Faedah Keseluruhan yang berbayar seumur hidup adalah tertakluk kepada Had Seumur Hidup.
      • Maklumat yang dipaparkan adalah maklumat am sahaja. Ia bukanlah sijil perlindungan Takaful.
      • Terma-terma dan syarat-syarat yang tepat boleh dirujuk kepada sijil perlindungan Takaful.

      Rabu, 1 Julai 2009

      Salah tanggapan terhadap takaful

      1. Perlindungan risiko(insurans) menolak Tawakkul (bergantung sepenuhnya kepada Allah swt)
        Apa sahaja yang dilakukan oleh manusia tidak akan mengubah ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah. Tidak kira samada seseorang itu memiliki insurans/Takaful atau tidak, ketetapan Allah tetap akan berlaku. Sebaliknya, kita disuruh supaya mengambil sikap berjaga-jaga dan selepas itu berserah kepada Allah swt. Satu hadis daripada Anas bin Malik: seorang Arab Badwi bertanya kepada Rasullullah, "Patutkah aku meninggalkan untaku begitu sahaja dan berserah kepada Allah atau patutkah aku mengikatnya?". Rasullulah menjawab, "Ikatlah untamu dan berserahlah kepada Allah swt." {Sunan Al Tarmizi, 1981}


      2. Semua perlindungan risiko adalah Haram
        Resolusi Fiqh Council of World Muslim League(1398/1978) dan Fiqh Council of Organization of Islamic Conference (1405/1985) di Jeddah bersepakat mengatakan bahawa "..insurans konvensional yang diamalkan pada masa ini adalah Haram.". Dan.."..Takaful dibenarkan kerana ia adalah selaras dengan prinsip Syariah." Dapat dirumuskan bahawa insurans konvensional adalah dilarang bagi orang Islam kerana melibatkan unsur Riba, Al Maisir, dan Al Gharar. Sebaliknya, Takaful menyediakan perlindungan risiko mengikut Syariah dengan menggunakan prinsip Ta'awun(tolong-menolong), persaudaraan, keimanan dan operasi yang beretika.

      3. Semua insurans adalah salah satu bentuk perjudian nasib, kerana itu ia diharamkan
        Risiko atau ketidaktentuan boleh dipecahkan kepada Risiko Sebenar(Pure Risk) dan Risiko Spekulatif(Speculative Risk). Risiko Sebenar melibatkan kemungkinan kerugian atau tiada kerugian. Contohnya, kerosakan yang berlaku kepada hartabenda akibat kebakaran. Risiko Sebenar boleh diletakkan dibawah insurans perlindungan risiko dan Takaful. Sebaliknya, Risiko Spekulatif melibatkan kemungkinan kerugian, tiada kerugian atau keuntungan. Contohnya ialah bertaruh dalam lumba kuda. Risiko Spekulatif yang bersifat boleh mendapat keuntungan tidak boleh diinsuranskan. Skim Takaful menggunakan prinsip jaminan gantirugi untuk membayar pampasan ke atas kerugian yang terjadi kepada pemegang Takaful. Takaful memberi perlindungan bagi Risiko Sebenar dan bayaran tuntutan adalah jika berlaku kerugian/kehilangan bagi membaiki kerosakan, mengganti hartabenda atau membayar jumlah yang telah dipersetujui dari awal lagi. Di dalam Takaful Taawuni(jaminan), pampasan adalah diambil daripada jumlah terkumpul simpanan peserta ditambah dengan keuntungan dari pelaburan yang dikumpulkan bersama-sama.


      4. Semua insurans hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan faedah untuk ahli
        Kebanyakan syarikat insurans konvensional adalah syarikat saham yang hanya mahu memaksimakan keuntungan. Oleh kerana kepentingan pemegang saham tidak selari dengan pemegang polisi, syarikat cenderung untuk menaikkan harga polisi, menidakkan tuntutan dan sebagainya dalam usaha mendapatkan keuntungan kepada pemegang saham. Pengendali Takaful pula mengamalkan sikap keuntungan bersama dan memiliki sifat bekerjasama. Tujuan utama Takaful adalah kepentingan untuk masyarakat umum di samping dapat meneruskan operasi - bukannya mencari keuntungan yang tinggi. Di bawah Takaful Mudarabah, lebihan(surplus) dibahagikan samarata di antara pemegang saham dan pemegang polisi. Bagi Takaful Wakalah pula, lebihan adalah untuk milik pemegang polisi dan berkemungkinan akan berkurangan disebabkan oleh pembayaran yuran insentif prestasi kepada pengendali sebelum diberi kepada pemegang polisi.

      5. Semua pengendali Takaful adalah sama
        Terdapat banyak model Takaful yang muncul dimana semua ini diterima oleh cendikiawan Islam. Walaupun semuanya adalah berlandaskan kepada prinsip perkongsian risiko bersama, terdapat sedikit perbezaan dari segi penstrukturan dan cara beroperasi. Model Takaful biasanya adalah berdasarkan kontrak Islam yang digunakan, contohnya Hibbah atau Tabarru(Sudan), al Mudarabah(Bahrain, Malaysia) atau Al Wakalah(Arab Saudi).

      6. Skim insurans adalah ciptaan masa sekarang
        Persatuan sosial untuk bersama-sama menghadapi risiko telah wujud berabad lamanya. Sistem Takaful berkembang dari cara lama perlindungan risiko yang wujud di Tanah Arab 1400 tahun yang lalu. Contohnya:
        • daman Khtr-altariq - jaminan bagi pedagang
        • a'qila - bayaran kepada keluarga si mati oleh keluarga tertuduh
        • hilf - persatuan untuk kepentingan bersama

        Tahun 1706 menyaksikan kewujudan skim jaminan kekal(perpetual assurance scheme) yang pertama di UK. Syarikat insurans pertama di Amerika(1740-an) yang dimulakan oleh Ben Franklin adalah persatuan bagi pedagang-pedagang. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada persatuan ini telah bertukar kepada syarikat bersaham dalam usaha untuk mencari keuntungan yang lebih.

      7. "Saya tidak memerlukan Takaful"
        Skim Takaful memberi peluang kepada kita untuk mengamalkan sifat keIslaman, termasuklah pembersihan diri. Surah Al Maidah: "Tolong-menolonglah dalam urusan kebaikan dan taqwa, dan janganlah tolong-menolong di dalam kejahatan dan maksiat". Di dalam hadis oleh Ahmad dan Abu Daud: "Barangsiapa yang memenuhi kehendak saudaranya, Allah akan memenuhi kehendaknya di akhirat."

      Perjanjian Madinah yang diaturkan oleh Nabi Muhammad s.a.w mengandungi tiga aspek yang secara langsung menyentuh tentang perlindungan risiko:
      • insurans sosial kepada kaum Yahudi, Ansar dan Kristian
      • Artikel 3 mengenai harga nyawa(blood money)
      • peruntukan untuk Fidyah(wang tebusan) dan Aqila

      Kita seharusnya mengikut contoh Rasulullah dalam memenuhi kehendak kita dan masyarakat awam.

      Skim Takaful mendisiplinkan diri untuk menyimpan dan membuat perancangan kewangan dalam usaha menjaga diri dan keluarga. Rasulullah bersabda:

      "Sesungguhnya, adalah lebih baik bagi kamu untuk meninggalkan keturunan kamu dalam keadaan kaya daripada meninggalkan mereka miskin dan meminta-minta."

      "Orang yang membantu janda dan orang miskin adalah seperti orang yang berjuang kerana Allah."

      "Sesiapa yang melepaskan seseorang yang beriman dari kesusahan dunia, Allah swt akan melepaskan dia dari kesusahan di hari akhirat."

      Takaful boleh menjadi satu kaedah yang berkesan untuk mengumpulkan simpanan individu bagi digunakan untuk kepentingan masyarakat. Dalam komuniti Islam yang kekurangan sumber modal, Takaful boleh menjadi penggerak kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan melalui penyaluran dana di dalam pelaburan yang berlandaskan Syariah dan dimiliki oleh persatuan tempatan.