Minggu lepas saya sempat menelefon seorang rakan dan bertanyakan status takaful beliau. Kata beliau buat masa ini dia tidak memerlukannya dan mencadangkan saya mencari prospek lain terlebih dahulu. Saya pun meminta nombor seorang lagi rakan yang bekerja di satu syarikat besar dan sudah memiliki seorang anak. Beliau menasihati saya supaya membatalkan niat saya kerana syarikat tersebut memberikan perlindungan tanpa had kepada pekerjanya. Betul ke?
Saya rasa kenyataan ini kurang tepat. Saya rasa perkara dibawah kurang diambil perhatian:
- Bagaimana kalau kita kena sakit dan penyakit ini mengganggu prestasi kerja kita?
Syarikat mungkin boleh bertoleransi sekiranya kita sakit seminggu dua. Saya sendiri pernah patah tangan dan mendapat cuti sakit daripada hospital kerajaan selama 2 bulan tapi terpaksa kerja balik selepas seminggu berehat. Sekiranya jawatan yang kita pegang sekarang penting dan tidak boleh dikosongkan walaupun seminggu, adakah syarikat tidak akan berusaha mencari pengganti sekiranya kita bercuti 2,3 bulan atau prestasi kita menurun akibat penyakit? - Kalau sakit je ok lagi, kalau lumpuh?
Kita minta dari Allah supaya dijauhkan tapi risiko tetap risiko. Adakah syarikat akan menanggung makan minum, bil-bil, bayaran perubatan dan kos pendidikan anak kita kalau kita lumpuh? Bagaimana pula jika kita seorang sahaja yang mencari rezeki sebelum ini? Isteri akan terpaksa mencari kerja dan banyak lagi perkara berserabut akan berlaku. - Paling tidak kita ingini adalah mati awal. Innalillahiwainna ilaihiroji'un
Keadaan yang sama akan berlaku sekiranya kita meninggal awal. Syarikat mungkin akan memberi pampasan kepada balu kita tetapi adakah ini mencukupi untuk menanggung kos perubatan dan pendidikan anak-anak sehingga mereka berjaya?
Sekiranya seorang konsultan meninggal dunia, anda boleh dapatkan perlindungan secara takaful daripada agen lain. Kalau anda yang meninggal?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan