Alhamdulillah, sudah tiga hari tiada kes kematian akibat H1N1 ni. Kata orang dulu-dulu, biar lambat asal selamat jadi kat bawah ni saya ingin kongsi sikit tentang cara-cara mudah untuk mengelakkan jangkitan:
Cara di atas amat mudah diamalkan dan tidaklah melibatkan kos yang tinggi. Semoga dapat disebarkan kepada sesiapa yang anda kenali dan yang penting amalkan.
- Senantiasa membasuh tangan. Tak kira la untuk buat apa pun, asalkan melibatkan tangan, sila basuh.
- Tahan diri anda sedaya upaya untuk tidak menyentuh muka dengan tangan anda (kecuali anda betul-betul terpaksa).
- Berkumur dua kali sehari dengan air suam bergaram (gunakan Listerine sekiranya anda tidak yakin dengan air suam bergaram). H1N1 akan mengambil masa 2-3 hari selepas jangkitan untuk merebak dan menunjukkan tanda-tanda jangkitan. Bagi seseorang yang masih sihat, berkumur dengan air suam bergaram mempunyai kesan positif dalam mengekang penyebaran virus. Cara ini memang mudah, tidak mahal dan berkesan.
- Bersihkan hidung anda dengan air suam bergaram sekurang-kurangnya sekali sehari.
- Tingkatkan imunisasi semulajadi badan dengan makanan yang kaya dengan vitamin C. Jika anda mengambil pil vitamin C, pastikan ia mengandungi Zinc/bioflavonoids untuk mempercepatkan penyerapan.
- Minum air suam sebanyak yang mungkin. Cara ini memberi kesan yang sama dengan berkumur tetapi dalam arah berlawanan. Cara ini menghalang penyebaran virus dari tekak ke perut.
Cara di atas amat mudah diamalkan dan tidaklah melibatkan kos yang tinggi. Semoga dapat disebarkan kepada sesiapa yang anda kenali dan yang penting amalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan