Membuat pilihan yang terbaik dalam hidup adalah keinginan setiap insan. Tiada orang mahu membuat pilihan yang salah dan menyerabutkan fikiran di masa hadapan. Memahami bahawa kita telah membuat pilihan yang betul dalam memilih perlindungan takaful yang terbaik adalah sukar. Ini kerana takaful sendiri memiliki kriteria teknikal yang sukar untuk difahami walaupun soalan yang diajukan adalah sebenarnya sudah tepat.
Persatuan Insuran Am Malaysia(PIAM) mencadangkan supaya setiap pengguna yang ingin mendapatkan produk dan servis takaful supaya benar-benar meneliti dan memahami perkara-perkara dibawah dalam membuat keputusan.
- Pilih syarikat takaful yang terbaik
Tiga kriteria utama yang perlu dipertimbangkan apabila memilih syarikat takaful:- Kekuatan dari segi kewangan
- Keadilan dan berapa cepat dalam memproses tuntutan
- Kebolehan dan keupayaan dalam menyediakan perkhidmatan sebelum dan selepas sesuatu musibah.
Polisi takaful adalah satu perjanjian. Semua perjanjian hanya bernilai tidak lebih dari perkataan dan kekuatan kewangan seseorang atau syarikat yang membuatnya. Oleh itu, terpenting sekali dalam memilih syarikat takaful ialah dengan memastikan syarikat tersebut mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh. Pengguna boleh menilai sesebuah syarikat takaful dengan mengumpulkan informasi daripada agen takaful atau nasihat daripada broker takaful atau pengalaman pemegang polisi yang lain samada mereka berpuas hati atau tidak dengan syarikat tersebut. Syarikat takaful yang baik juga sepatutnya mendengar keperluan takaful pengguna dan jika perlu dapat mengubahsuai perlindungan yang diberi agar memenuhi kehendak pengguna.
Pengguna juga harus meneliti reputasi syarikat dalam menyelesaikan tuntutan dengan adil dan cepat, dan juga keberkesanan perkhidmatan yang diberi. - Pilih agen takaful yang terbaik
Seseorang agen harus senang dihubungi. Selain itu, seseorang agen takaful yang bagus haruslah memiliki:- pengetahuan yang mendalam tentang produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat takaful yang diwakilinya
- beretika dan mendahulukan kehendak prospek
- mempunyai tahap komunikasi yang bagus agar prospek faham apa yang disediakan oleh syarikat takaful serta hak dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan hasil daripada perjanjian yang termeterai. Tahap pengetahuan seorang agen dapat dilihat melalui kebolehan menjawap soalan dengan jelas dan sekiranya jawapan belum dapat diperolehi, agen tahu bagaimana mendapatkannya. Sesetengah agen menambah pengetahuan mereka dengan menghadiri seminar-seminar yang dianjurkan oleh pihak syarikat takaful mereka.
Agak sukar untuk pengguna menilai tahap kebolehpercayaan seorang agen yang baru dikenali. Pengetahuan sendiri tentang reputasi agen atau cadangan daripada prospek yang telah berpuas hati adalah jalan terbaik untuk menentukan tahap kebolehpercayaan dan kemampuan agen dalam menyediakan perkhidmatan terbaik selepas pengguna mendapatkan perlindugan takaful daripadanya.
Apabila ragu-ragu, hubungi cawangan atau ibupejabat syarikat takaful diwakili agen untuk bertanya tentang agen tersebut. - Pilih polisi takaful yang terbaik
Penentuan samada polisi takaful itu bagus atau tidak bergantung kepada kefahaman pengguna tentang keperluan takaful beliau. Polisi takaful yang baik seharusnya dapat memenuhi kehendak pengguna tanpa memerlukan tambahan pelan atau rider yang lain. - Nilai yang berpatutan
Proses menentukan berapa banyak perlindungan takaful yang diperlukan adalah hampir sama dalam memilih polisi yang terbaik. Ia bermula apabila pengguna tahu yang dia memerlukan perlindungan takaful. Pengguna memerlukan takaful apabila sedar dia akan berhadapan dengan kesusahan dan kemungkinan untuk rugi.
Keperluan ini sebenarnya boleh diberi nilai. Dalam kes mengtakafulkan pendapatan atau tanggungan, anggaran jumlah kerugian diperlukan. Dicadangkan agar pengguna betul-betul memahami dengan jelas tahap pendedahan mereka terhadap risiko-risiko yang boleh berlaku dan mendapatkan perlindungan sewajarnya.
Meskipun sukar untuk menentukan takaful yang harus diambil dan jumlah yang sesuai bagi setiap perlindungan, beberapa faktor boleh digunakan sebagai rujukan:- Dapatkan perlindungan untuk orang yang jika apa-apa berlaku kepadanya akan memberi kesan paling buruk kepada semua yang lain
- Jangan biarkan anda terdedah kepada risiko yang anda tidak mampu untuk menghadapinya
- Jangan sesekali membiarkan anda berhadapan dengan risiko kerugian yang besar hanya kerana ingin menjimatkan duit dan memilih pelan campuran yang perlindungannya adalah tidak menyeluruh dan terhad
- Bayar untuk apa yang anda akan dapat
Pengetahuan yang tepat tentang perlindungan takaful membolehkan pengguna membayar harga yang berpatutan untuk perlindungan takaful mereka. "Harga yang berpatutan" berlaku apabila takaful dipilih menyediakan pengguna dengan jumlah perlindungan terbaik dan diperolehi setelah pengguna membuat penelitian menyeluruh bagi empat perkara diatas. Harga ini tidak semestinya adalah yang termurah atau termahal. Harga termurah mungkin diberikan oleh syarikat takaful yang status kewangannya boleh dipersoalkan. Ia juga mungkin ditawarkan oleh agen yang tidak mendapat latihan yang mencukupi dan kurang pengetahuan. Syarikat takaful yang polisi mereka tidak memberi perlindungan setimpal dengan apa yang syarikat takaful lain berikan juga mungkin menawarkan harga yang murah bagi produk mereka. Sebab-sebab inilah yang memerlukan pengguna memikirkan semasak-masaknya kesemua empat kriteria diatas. Seterusnya, tentukan harga yang berpatutan bagi perlindungan takaful yang dikehendaki tanpa rasa ragu-ragu.
Assalamu'alaikum Wrmbth. Terima kasih atas info berguna diatas. Sememang erti hidup pada memberi.
BalasPadamHati akan senang dan tenang sekiranya kita berikan yang terbaik didunia untuk alkhirat..