Salam.
Rasanya kalau baca kat mana-mana forum atau blog akan dapatlah serba sebanyak ilmu pasal OD ni tapi yang ni takde pulak saya jumpa jadi saya berbesar hati nak berkongsi.
Bila nak buat OD ni kenalah buka akaun semasa(current account). Akaun semasa ni, dalam satu-satu bulan, baki pada setiap hari mestilah sekurang-kurangnya RM1000 atau diorang akan kenakan bayaran RM5. Mungkin tak seberapa tapi kalau setahun dah RM60. Bayaran debit-card RHB pun baru RM15 setahun, tu pun kalau boleh nak waive. Huhu.
Untuk mengelakkan masalah ni, masa buka akaun semasa, terus simpan RM1200(atau lebih lagi bagus). Kos buat OD yang dikenakan adalah RM150. Kalau ambik kemudahan cek, kena bayar lagi RM7.50. Kalau minta debit-card, kena bayar RM15 lagi. Jadi untuk mengelakkan kena denda RM5, eloklah simpan RM1200 masa mula-mula buka akaun. Boleh ambik balik apa duit ni tapi kena pastikan bagi sepanjang bulan sekurang-kurangnya ada RM1000 dalam akaun semasa.
Moga-moga dapatlah memberi serba sedikit manfaat pada sesiapa yang ingin membuat OD RHB.
Caliph Group Leaders Meeting @ Melaka !
-
Salam
Pada 15 dan 16 Januari 2019, dengan penuh bergaya dan selambanya, puak2
pakatan Unit Manager dari Caliph Group telah berkumpul dgn cemerlang,
gemila...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan