Rabu, 15 Julai 2009
Kisah seorang janda
Jom bersama saya
Tiada masa? Tak berani mencuba?
Belum cuba belum tahu kemampuan diri sendiri. Kalau saya tak cuba, saya sendiri pun takkan tahu kemampuan saya.
Kepada sesiapa yang masih berfikir-fikir, jangan tambah pening kepala anda memikirkan boleh ke tak, layak ke tak? Bertindak sekarang untuk menjadi consultant MAA Takaful. Belum cuba belum tahu. Anda akan diajar oleh leader-leader yang berkebolehan hingga anda berjaya. Semuanya bergantung kepada keinginan anda sendiri.
Antara kelebihan bekerja sebagai consultant Takaful adalah:
TIADA RISIKO!
Inilah satu-satunya bisnes yang saya rasa tidak mempunyai sebarang risiko! Tiada modal permulaan diperlukan untuk menjalankan bisnes ini. Mungkin modalnya ialah perlu keluar wang untuk belanja client minum di kedai dan kredit telefon untuk membuat panggilan telefon kepada client. TIDAK PERLU FIKIR SEWA KEDAI, BIL ELEKTRIK DAN AIR, NAK GAJIKAN STAF, NAK SIMPAN STOK, KECURIAN STOK DLL.
GANJARAN HEBAT DAN BERTERUSAN!
Banyak sebenarnya ganjaran yang diberikan kepada seseorang consultant MAA Takaful. Selain komisyen lumayan, anda juga berpeluang mendapat bonus tahunan, peluang melancong ke luar negara, anugerah kecemerlangan dari syarikat, cawangan dan agensi, peluang kenaikan pangkat tanpa perlu nak dengki kat sapa-sapa beserta hadiah-hadiah yang diberikan dari masa ke semasa.
PASARAN YANG MASIH LUAS!
Berdasarkan kajian hanya lebih kurang 32% dari keseluruhan rakyat Malaysia yang dilindungi insurans/takaful. Anda akan berpeluang untuk MENOLONG mereka ini memiliki PERLINDUNGAN yang diperlukan.
PRODUK YANG PELBAGAI DI MAA!
Ada lebih 30 produk di MAA. Jadi anda mempunyai pilihan yang cukup luas untuk memperkenalkan produk apa. Untuk pengetahuan anda, ada yang berjaya hanya dengan menerangkan tentang produk kad perubatan sahaja. Ini semua bergantung kepada anda sepenuhnya! Anda punya bisnes, anda tentukan!
MASA YANG LEBIH FLEKSIBEL!
Anda tentukan bila nak jumpa client. Anda tentukan berapa ramai yang ingin anda jumpa setiap hari. Anda akan mempunyai lebih masa untuk mereka yang anda sayangi.
Jangan bertangguh. Cuba lah kemampuan diri anda hari ini. TAK CUBA, ANDA TAK TAHU. MULAKAN SEKARANG!
Isnin, 13 Julai 2009
Saya adalah polisi anda
Saya percaya dan yakin dengan anda. Sebahagian dari pendapatan anda digunakan untuk pengurusan diri saya. Kadangkala, saya seolah-olah tidak berguna langsung buat anda - tetapi suatu hari (tidak ada seorang pun yang tahu bila), anda dan saya akan bertukar tempat.
Apabila tiba masa untuk anda berehat selamanya, saya akan bangun dan melakukan kerja yang pernah anda buat. Saya akan menyediakan makanan, pakaian, perlindungan, persekolahan, perubatan dan segalanya yang diperlukan oleh keluarga anda sepertimana yang sedang anda lakukan sekarang. Segala kerja dan penat lelah anda akan disambung dan diwarisi oleh saya. Melalui saya, tanggungjawab anda terhadap keluarga anda akan diteruskan.
Bilamana anda merasakan harga yang anda bayar membebankan, ingatlah bahawa saya akan melakukan untuk anda dan keluarga anda lebih daripada apa yang telah anda lakukan untuk saya.
Jika anda telah menjalankan tanggungjawab anda, saya juga akan melakukan perkara yang sama."
Rabu, 8 Julai 2009
36 Penyakit Kritikal (Critical Illness)
- Serangan Penyakit Jantung - Kematian sebahagian otot jantung akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti melalui:
- mengalami kesakitan dada biasa yang berpanjangan; dan
- perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini ; dan
- peningkatan tahap enzim kardiak yang melebihi tahap normal makmal
- Penyakit Arteri Koronari yang memerlukan Pembedahan - Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasti, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser.
- Strok - Ditakrifkan sebagai suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari 6 bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan seperti inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurologi.
Dikecualikan secara khusus adalah simptom serebral akibat serangan iskemik perantara, sebarang kepincangan iskemik neurological boleh sembuh, iskemik vertebrobasilar, symptom cerebral akibat migrain, kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hipoksia dan vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optic atau fungsi vestibule. - Kanser - Kanser ditakrifkan sebagai ketumbuhan tidak terkawal dan penularan sel-sel malignan serta serangan dan kemusnahan tisu-tisu normal menyebabkan rawatan atau pembedahan (kecuali prosedur endoskopi sahaja) dianggap perlu. Kanser ini mesti disahkan melalui pembuktian histologi malignan.
- Kegagalan Buah Pinggang - Kegagalan buah pinggang di peringkat akhir iaitu apabila kedua-dua buah pinggang gagal berfungsi dan dianggap kronik serta tidak dapat dipulihkan semula dan mengakibatkan rawatan dialisis buah pinggang berkala perlu dimulakan atau menjalani pemindahan buah pinggang.
- Lumpuh - Hilang keupayaan untuk menggunakan kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki secara menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelumpuhan akibat penyakit atau kecederaan secara berterusan selama sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh trauma atau penyakit itu.
- Pemindahan Organ Utama - Menjalani pembedahan pemindahan sebagai penerima organ manusia yang berikut:
- Buah Pinggang
- Paru-paru
- Hati
- Jantung
- Sum-sum tulang
- Sklerosis Pelbagai/Berbilang - Diagnosis yang jelas tanpa ragu oleh seorang pakar neurologi untuk mengesahkan gabungan berikut yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya 6 bulan:
- Symptom yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad putih) yang melibatkan saraf optik, pangkal otak dan saraf tunjang yang menghasilkan kepincangan neurologi yang ketara; dan
- Kepelbagaian atau keberasingan ketara lesion; dan
- Catatan sejarah yang didokumentasikan dengan rapi tentang keadaan simptom atau kekurangan neurologi yang bertambah tenat atau semakin pulih.
- Hepatitis Virus Fulminan - Penyakit ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati separa besar hingga kepada besar akibat serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada kegagalan hati. Kriteria diagnostik yang perlu ada ialah:
- Penguncupan saiz hati yang cepat seperti yang dikesan melalui ultrabunyi abdomen; dan
- Nekrosis melibatkan keseluruhan lobul, dengan hanya meninggalkan rangka reticulum yang musnah; dan
- Penyakit kuning yang teruk.
- Hypertensi Arteri Pulmonari Utama - Bermaksud hipertensi pulmonari utama dengan pembesaran ventrikul kanan yang ketara yang disahkan melalui siasatan termasuklah kardiak katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan tidak boleh sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 mengikut Klasifikasi New York Heart Association untuk kepincangan kardiak, dan menyebabkan yang dilindungi tidak boleh melakukan pekerjaan biasa.
- Koma - Keadaan tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada 96 jam, memerlukan system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan neurologi sehingga melebihi 30 hari. Pengesahan oleh seorang pakar neurologi mestilah diperolehi. Koma yang diakibatkan secara langsung daripada kecederaan sengaja terhadap diri sendiri, penyalahgunaan dadah atau alkohol adalah terkecuali.
- Buta - Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh dibaik pulih. Pengesahan bersijil oleh ahli oftalmologi diperlukan.
- Penggantian Injap Jantung - Telah menjalani pembedahan dada-terbuka untuk mengganti atau membaiki injap kardiak akibat ketidaksempurnaan atau keadaan tidak normal yang terjadi pada injap jantung selepas tarikh kontrak berkuatkuasa atau selepas tarikh berkuatkuasa semula. Pembaikan melalui pembedahan injap (valvotomi), prosedur infra-arteri, pembedahan lelubang kunci (key-hole) atau teknik-teknik seumpama adalah secara khususnya dikecualikan.
- Pembedahan Aorta - Telah menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang pada aorta atau koarktasi aorta. Untuk tujuan takrifan ini, aorta bermaksud aorta thorasik dan aorta abdomen tetapi tidak termasuk cabang-cabangnya.
- Penyakit Alzhemier - Kemerosotan atau kehilangan daya intelektual atau berkelakuan tidak normal yang terbukti dengan keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diperakui atau ujian daripada Penyakit Alzheimer atau kepincangan kemerosotan organik dalam otak yang tidak boleh sembuh kecuali neurosis, penyakit psikiari, dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau alkohol, menyebabkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan social di mana hayat dilindungi perlu diawasi sepanjang masa. Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh seorang pakar perubatan yang berkaitan.
- Hilang Pendengaran/Pekak - Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua telinga secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh sembuh akibat penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk audiometrik dan ujian ambang bunyi mesti dikemukakan.
- Hilang Percakapan - Hilang keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan tidak boleh dibaik pulih secara berterusan untuk tempoh selama 12 bulan. Bukti perubatan yang mengesahkan kecederaan atau penyakit saluran suara yang menyokong kehilangan keupayaan ini mesti disediakan oleh seorang pakar berkaitan (Telinga, Hidung, Tekak).
- Kebakaran Parah - Kecederaan terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus permukaan tubuh badan hayat dilindungi seperti diukur mengikut "Hukum 9" dalam carta Permukaan Badan Lund & Browder.
- Penyakit Membawa Maut - Hayat dilindungi mestilah menderita akibat keadaan penyakit, yang pada pendapat pakar perubatan yang berkaitan akan membawa kepada kematian dalam jangkamasa 12 bulan. Hayat dilindungi mesti tidak lagi menerima rawatan secara aktif selain daripada rawatan untuk melegakan kesakitan sahaja.
- AIDS disebabkan oleh Pemindahan Darah - Hayat dilindungi dijangkiti virus HIV atau AIDS dengan syarat:
- Jangkitan tersebut adalah dari pemindahan darah yang dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
- Hayat dilindungi tidak menghidapi haemophiliac; dan
- Hayat dilindungi bukan ahli kumpulan berisiko tinggi (tidak terhad kepada homoseksual, penyalahgunaan dadah secara suntikan atau pelacur).
Notis pemberitahuan dan bukti kejadian mesti dikemukakan secara bertulis daripada pihak berwajib kesihatan yang mengesahkan bahawa jangkitan terjadi secara perubatan. - Penyakit Motor Neuron - Penyakit motor neuron yang tidak diketahui etiologinya dicirikan oleh kemerosotan berterusan saluran kortikospinium dan sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosis lateral primer.
Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang pakar perubatan neurologi. - Penyakit Parkinson - Diagonosis jelas dan tanpa ragu Penyakit Parkinson oleh seorang pakar neurologi di mana penyakit berkeadaan:
- tidak boleh dikawal dengan pengunaan ubat; dan
- menunjukkan tanda kemungkinan kepincangan berlarutan.
Aktiviti penilaian kehidupan harian mengesahkan kehilangupayaan hayat dilindungi untuk melakukan tanpa bantuan sekurang-kurangnya 3 perkara berikut:- Pengalihan - Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
- Pergerakan - Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
- Buang air/penggunaan tandas - Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
- Berpakaian - Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
- Mandi/Membasuh - Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
- Makan - Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali. - Penyakit Hati Kronik - Kegagalan hati peringkat akhir dengan kewujudan kesemua penyakit berikut:
- Penyakit kuning kekal
- Askit
- Ensefalopati
- Hipotensi portal
Wernicke’s ansefalopi dan penyakit hati sekundar akibat penyalahgunaan dadah dan alkohol adalah terkecuali. - Penyakit Paru-paru Kronik - Kegagalan system pernafasan di peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik. Semua kriteria-kriteria berikut mesti dipenuhi:
- Memerlukan terapi oksigen kekal oleh sebab hasil ujian berterusan FEV1 bernilai kurang daripada satu liter. (Isi padu Penghembusan Nafas Paksaan semasa saat pertama bagi suatu penghembusan nafas paksaan).
- Analisis Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa kurang dari atau bersamaan 55mmHg.
- Disponea ketika berehat
- Anaemia APlastik - Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya satu daripada kaedah berikut:
- Pemindahan produk darah secara berkala
- Agen perangsang sum-sum
- Agen imunosupresif
- Pemindahan sum-sum tulang
- Distrofi Otot - Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan oleh seorang pakar nuerologi dengan gabungan 3 daripada 4 keadaan berikut:
- Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya menghidap penyakit ini
- Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan deria gangguan, cecair spina serebo biasa dan pengurangan refleks tendon yang sederhana
- Elektromiogram sifatan
- Kesangsian klinikal yang disahkan oleh biopsi otot
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun terkecuali daripada takrifan ini. - Poliomielitis - Diagnosis tanpa ragu oleh seorang pakar neurologi tentang jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas atau daya pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan. Kes-kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh (seperti sindrom Guillain-Barre) adalah terkecuali.
- Meningitis Bakteria - Meningitis bacteria yang menyebabkan inflamasi membran otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kepincangan neurologikal kekal selama tempoh minima tiga puluh hari dan kehilangan upaya melakukan sekurang-kurangnya 3 Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan "kekal" ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa. Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :
- Pengalihan - Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
- Pergerakan - Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
- Buang air/penggunaan tandas - Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
- Berpakaian - Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
- Mandi/Membasuh - Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
- Makan - Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurologi. - Tumor Otak Benigna - Suatu tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh mengancam nyawa, yang mengakibatkan timbulnya ciri-ciri peningkatan tekanan intrakaranium seperti papiloedema, symptom mental, tidak sedar diri dan kepincangan deria. Kehadiran tumor ini mesti disahkan oleh kajian imej gambar imabasan CT atau MRI.
- Eusefalitis - Ditakrif sebagai inflamasi bahan otak yang teruk mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh hari dan disahkan oleh seorang pakar neurologi. Kepincangan kekal ini mesti mengakibatkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya 3 Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Bagi tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan "kekal" ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa. Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah:
- Pengalihan - Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
- Pergerakan - Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
- Buang air/penggunaan tandas - Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
- Berpakaian - Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
- Mandi/Membasuh - Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
- Makan - Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurologi. - AIDS Termanifestasi Sepenuhnya - Manifestasi klinikal AIDS (Acquired Immuno-deficiency Virus) mesti disokong dengan keputusan positif ujian antibodi HIV(Human Immuno-deficiency Virus) dan satu ujian pengesahan Western Blot. Sebagai tambahan, hayat dilindungi juga mesti mempunyai kiraan sel CD4 yang kurang dari dua ratus dan memenuhi satu atau lebih daripada kriteria berikut:
- Kehilangan berat badan melebihi 10 peratus daripada berat badan di sepanjang tempoh kurang daripada 6 bulan(wasting syndrome);
- Kaposi Sarcoma
- Pneumocystic Carinii Pneumonia
- Progressive multifocal leukoencephalopathy
- Tuberculosis Aktif
- Lymphocytes kurang daripada satu ribu
- Malignant Lymphoma
- Lain-lain Penyakit Arteri Koronari Yang Serius - Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD), ke tahap minimum 60 peratus atau lebih yang dibuktikan oleh arteriographi kronari. Manfaat ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan koronari arteri telah dilakukan.
- Pembedahan Otak - Telah menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan anaestesia am dan kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut dilakukan. Bur Hole dan pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali.
- Sindrom APPALIC - Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurologi dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya 1 bulan.
- Kecederaan Kepala Utama - Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum 3 bulan dari tarikh truma atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh seorang pakar neurologi dan dipersetujui oleh Pegawai Perubatan Syarikat serta menyebabkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya 3 Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan "kekal" ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa. Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah:
- Pengalihan - Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
- Pergerakan - Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
- Buang air/penggunaan tandas - Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
- Berpakaian - Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
- Mandi/Membasuh - Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
- Kehilangan Anggota Badan - Putusnya secara fizikal kedua-dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki akibat kecederaan.
- Jangkitan Hepatitis B atau status pembawa sahaja tidak memenuhi criteria diagnostik.
Jumaat, 3 Julai 2009
Al kisah 1
Daripada soalan di atas, boleh la saya rumuskan bahawa:
- Tidak ada orang yang telah menerangkan kepentingan kad perubatan kepada beliau.
- Beliau seolah-olah meminta supaya apabila ambil kad perubatan, berlaku sesuatu ke atas dirinya supaya duit yang dibayar tidak hangus begitu sahaja.
- Saudara ada kad perubatan tak?.
- Saudara suka ke perkara ni berlaku ke atas saudara?.
Soalan yang kedua: Anda mungkin akan dihadiahkan dengan penumbuk(jika tangan tak patah) atau penendang(kaki tak patah) kerana bertanyakan soalan ni. Tidak ada orang yang waras yang mahu dirinya sakit.
Katakan saya mengambil seorang pengawal peribadi. Saya bayar beliau RM50 sebulan. Dalam tempoh setahun di bawah pengawasan beliau, tidak ada orang cuba mengganggu dan mengapa-apakan saya. Adakah patut jika saya meminta kembali duit yang dibayar kerana tiada gangguan berlaku ke atas diri saya?
Seseorang mengambil kad perubatan adalah untuk mendapatkan perlindungan daripada risiko membayar kos perubatan yang mahal. Tidakkah anda terfikir bahawa duit yang dibayar adalah untuk perlindungan tersebut? Kita membayar perlindungan seperti mana contoh pengawal peribadi di atas.
Bagi seorang Islam, duit yang dibayar tidak akan sesekali hangus begitu sahaja. Kenapa? Disinilah konsep Tabarru' memainkan peranan. Skim Takaful adalah skim dimana duit peserta akan dikumpulkan bersama-sama(pooling system). Jika seorang peserta mengalami musibah, duit yang terkumpul ini akan digunakan untuk membiayai kos perubatan beliau. Jika anda adalah salah seorang peserta dan tidak ada musibah menimpa anda sepanjang tahun, bersyukurlah kerana anda sihat sepanjang tahun dan duit anda pula telah digunakan untuk menolong peserta lain yang tidak bernasib baik.
Lihat di sini untuk keterangan tentang salah faham terhadap takaful.
PS: Kenyataan di atas adalah dari buah fikiran saya sendiri dan bukan daripada MAA Takaful Berhad.
Khamis, 2 Julai 2009
Kad Perubatan (Medical Card) SmartMedic 100
Kemajuan dalam teknologi perubatan perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Ditambah pula dengan kos sara hidup dan pendidikan anak-anak, anda dan orang tersayang mungkin terpaksa menanggung kesempitan kewangan jika anda tidak merancang perbelanjaan hospital. Pembedahan yang tidak diduga dan tidak dapat dielakkan boleh menghabiskan keseluruhan simpanan anda.
Dengan SmartMedic 100, kami menawarkan anda kemasukan hospital yang dijamin dan pengurusan segala bil-bil perubatan sejurus selepas anda keluar dari panel hospital kami. SmartMedic 100 memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan yang komprehensif dan berkualiti terutama sekali bila anda memerlukannya.
SmartMedic 100 bekerjasama dengan Metronic iCares Services dalam menyediakan anda dengan bantuan percuma 24 jam bagi memudahkan urusan:
- Kemasukan ke hospital
- Penyelesaian terus ke atas bil-bil hospital sejurus selepas keluar hospital*
Perlindungan di seluruh dunia...
Anda boleh melancong dengan penuh ketenangan kerana anda sedia maklum bahawa anda akan dilindungi di mana-mana sahaja di serata dunia. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Program Bantuan Perubatan Antarabangsa - pemindahan perubatan kecemasan, penyeliaan penghantaran balik dari segi perubatan, penghantaran ubat yang tidak boleh didapati di pasaran tempatan, penghantaran balik mayat, kepulangan anak-anak tanggungan, 24 jam khidmat bantuan untuk rujukan perubatan dan sebagainya.
- Bantuan Perjalanan*** - menyediakan maklumat berkaitan inokulasi, keperluan visa, bantuan penemuan kehilangan bagasi, dokumen dan barang-barang persendirian, maklumat cuaca, maklumat pertukaran asing, aturan dan informasi penerbangan, rujukan perundangan, rujukan penterjemah dan penyampaian mesej kecemasan.
- Bantuan Kereta*** - penundaan kecemasan 24 jam dan pembaikan kecil di tepi jalan, bantuan kereta sewa, bantuan urusan penginapan hotel dan rujukan kepada pusat-pusat perkhidmatan yang lain.
- Bantuan Kediaman*** - perkhidmatan membaiki paip, tukang cuci, pembaikan am dan kawalan serangga perosak
* Tertakluk kepada kelayakan dan faedah had pelan. Sila rujuk kepda jadual faedah.
** Faedah Khairat Kematian hanya didapati pada Pelan Asas SmartMedic 100 sahaja.
*** Khidmat rujukan sahaja. Apa-apa perbelanjaan dan/atau tanggungan akan ditanggung oleh pemilik sijil. Segala khidmat bantuan disediakan oleh pihak ketiga dan penyambungan khidmat bantuan tersebut adalah tertakluk kepada perjanjian di antara Pengendali Takaful dan pengendali khidmat bantuan.
Hospital-hospital Panel-Tambahan: Ampang Puteri Specialist Hospital bagi Kuala Lumpur.
Jadual Faedah
Nota: * Faedah Khairat Kematian hanya didapati pada Pelan Asas SmartMedic 100 sahaja.
Jadual Caruman Nota:
- Caruman yang dinyatakan adalah tidak dijamin.
- MAA Takaful Berhad mempunyai had untuk menyemak kadar caruman apabila tiba masa pembaharuan dengan memberi notis dalam masa sembilan puluh (90) hari notis bertulis kepada peserta.
Sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari sehingga 59 tahun yang mempunyai kadar kesihatan yang baik.
Perkongsian Lebihan
Lebihan pada akhir tahun(jika ada) akan dikongsi di antara peserta dengan MAA Takaful mengikut nisbah 50:50. Tiada lebihan akan dibayar jikalau peserta menyerahkan sijil kembali kepada MAA Takaful atau sijil dimansuhkan disebabkan oleh tuntutan yang dibuat.
Pelepasan Cukai
Caruman tahunan yang dibayar untuk SmartMedic 100 adalah layak untuk pelepasan cukai maksimum RM3000, tertakluk kepada keputusan muktamad dari Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Pengecualian
Sebarang kecederaan/kesakitan berpunca daripada perkara-perkara seperti berikut:
- Penyakit sedia ada
- Penyakit tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan yang berterusan
- Sesiapa sahaja yang menetap di luar negara melebihi 90 hari berturut-turut, yang mana sijil masih lagi aktif
- Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan
- Kecederaan diri sendiri dan perbuatan menyalahi undang-undang
- Peperangan, mogok dan rusuhan
- Sebarang operasi ketenteraan atau bersenjata
- Kehamilan, keguguran kandungan atau kelahiran anak
- Gangguan mental atau saraf
- Penyalahgunaan alkohol dan dadah atau yang berkaitan dengannya
- Pembedahan kosmetik, elektif atau plastik, keabnormalan atau kecacatan kongenital
- Rawatan pergigian kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan
- Pemeriksaan rutin kesihatan dan apa-apa pemeriksaan yang tidak melibatkan kemasukan ke hospital
- Rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan
- Perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh mana-mana badan/organisasi atau program perubatan dari mana-mana syarikat insurans dan Takaful
- Penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, kemabukan, pensterilan, penyakit, venereal dan sekuelnya, AIDS atau ARC(Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang
Tarikh Tamat Sijil
Sijil SmartMedic 100 akan tamat jika:
- Caruman anda tidak dibayar lebih daripada 31 hari.
- Pemegang sijil telah mencapai umur 80 tahun.
- Selepas pembayaran untuk Khairat Kematian.
- Jumlah faedah yang dibayar kepada pemegang polisi telah melepasi Had Seumur Hidup.
- Penamatan tempoh sijil asas(terpakai untuk sijil rider sahaja).
NOTA
- Menaiktaraf Bayaran Bersama Bilik dan Makan - Jika orang yang dilindungi dimasukkan ke dalam hospital pada kadar Bilik dan Makan yang lebih tinggi daripada manfaat yang dia layak, orang yang dilindungi hendaklah menanggung 10% daripada jumlah manfaat yang lain yang telah diterangkan dalam jadual faedah bagi setiap tuntutan.
- Faedah Keseluruhan yang berbayar dalam masa setahun hendaklah tidak melebihi Had Tahunan Keseluruhan.
- Faedah Keseluruhan yang berbayar seumur hidup adalah tertakluk kepada Had Seumur Hidup.
- Maklumat yang dipaparkan adalah maklumat am sahaja. Ia bukanlah sijil perlindungan Takaful.
- Terma-terma dan syarat-syarat yang tepat boleh dirujuk kepada sijil perlindungan Takaful.
Rabu, 1 Julai 2009
Salah tanggapan terhadap takaful
- Perlindungan risiko(insurans) menolak Tawakkul (bergantung sepenuhnya kepada Allah swt)
Apa sahaja yang dilakukan oleh manusia tidak akan mengubah ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah. Tidak kira samada seseorang itu memiliki insurans/Takaful atau tidak, ketetapan Allah tetap akan berlaku. Sebaliknya, kita disuruh supaya mengambil sikap berjaga-jaga dan selepas itu berserah kepada Allah swt. Satu hadis daripada Anas bin Malik: seorang Arab Badwi bertanya kepada Rasullullah, "Patutkah aku meninggalkan untaku begitu sahaja dan berserah kepada Allah atau patutkah aku mengikatnya?". Rasullulah menjawab, "Ikatlah untamu dan berserahlah kepada Allah swt." {Sunan Al Tarmizi, 1981} - Semua perlindungan risiko adalah Haram
Resolusi Fiqh Council of World Muslim League(1398/1978) dan Fiqh Council of Organization of Islamic Conference (1405/1985) di Jeddah bersepakat mengatakan bahawa "..insurans konvensional yang diamalkan pada masa ini adalah Haram.". Dan.."..Takaful dibenarkan kerana ia adalah selaras dengan prinsip Syariah." Dapat dirumuskan bahawa insurans konvensional adalah dilarang bagi orang Islam kerana melibatkan unsur Riba, Al Maisir, dan Al Gharar. Sebaliknya, Takaful menyediakan perlindungan risiko mengikut Syariah dengan menggunakan prinsip Ta'awun(tolong-menolong), persaudaraan, keimanan dan operasi yang beretika. - Semua insurans adalah salah satu bentuk perjudian nasib, kerana itu ia diharamkan
Risiko atau ketidaktentuan boleh dipecahkan kepada Risiko Sebenar(Pure Risk) dan Risiko Spekulatif(Speculative Risk). Risiko Sebenar melibatkan kemungkinan kerugian atau tiada kerugian. Contohnya, kerosakan yang berlaku kepada hartabenda akibat kebakaran. Risiko Sebenar boleh diletakkan dibawah insurans perlindungan risiko dan Takaful. Sebaliknya, Risiko Spekulatif melibatkan kemungkinan kerugian, tiada kerugian atau keuntungan. Contohnya ialah bertaruh dalam lumba kuda. Risiko Spekulatif yang bersifat boleh mendapat keuntungan tidak boleh diinsuranskan. Skim Takaful menggunakan prinsip jaminan gantirugi untuk membayar pampasan ke atas kerugian yang terjadi kepada pemegang Takaful. Takaful memberi perlindungan bagi Risiko Sebenar dan bayaran tuntutan adalah jika berlaku kerugian/kehilangan bagi membaiki kerosakan, mengganti hartabenda atau membayar jumlah yang telah dipersetujui dari awal lagi. Di dalam Takaful Taawuni(jaminan), pampasan adalah diambil daripada jumlah terkumpul simpanan peserta ditambah dengan keuntungan dari pelaburan yang dikumpulkan bersama-sama. - Semua insurans hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan faedah untuk ahli
Kebanyakan syarikat insurans konvensional adalah syarikat saham yang hanya mahu memaksimakan keuntungan. Oleh kerana kepentingan pemegang saham tidak selari dengan pemegang polisi, syarikat cenderung untuk menaikkan harga polisi, menidakkan tuntutan dan sebagainya dalam usaha mendapatkan keuntungan kepada pemegang saham. Pengendali Takaful pula mengamalkan sikap keuntungan bersama dan memiliki sifat bekerjasama. Tujuan utama Takaful adalah kepentingan untuk masyarakat umum di samping dapat meneruskan operasi - bukannya mencari keuntungan yang tinggi. Di bawah Takaful Mudarabah, lebihan(surplus) dibahagikan samarata di antara pemegang saham dan pemegang polisi. Bagi Takaful Wakalah pula, lebihan adalah untuk milik pemegang polisi dan berkemungkinan akan berkurangan disebabkan oleh pembayaran yuran insentif prestasi kepada pengendali sebelum diberi kepada pemegang polisi. - Semua pengendali Takaful adalah sama
Terdapat banyak model Takaful yang muncul dimana semua ini diterima oleh cendikiawan Islam. Walaupun semuanya adalah berlandaskan kepada prinsip perkongsian risiko bersama, terdapat sedikit perbezaan dari segi penstrukturan dan cara beroperasi. Model Takaful biasanya adalah berdasarkan kontrak Islam yang digunakan, contohnya Hibbah atau Tabarru(Sudan), al Mudarabah(Bahrain, Malaysia) atau Al Wakalah(Arab Saudi). - Skim insurans adalah ciptaan masa sekarang
Persatuan sosial untuk bersama-sama menghadapi risiko telah wujud berabad lamanya. Sistem Takaful berkembang dari cara lama perlindungan risiko yang wujud di Tanah Arab 1400 tahun yang lalu. Contohnya:- daman Khtr-altariq - jaminan bagi pedagang
- a'qila - bayaran kepada keluarga si mati oleh keluarga tertuduh
- hilf - persatuan untuk kepentingan bersama
Tahun 1706 menyaksikan kewujudan skim jaminan kekal(perpetual assurance scheme) yang pertama di UK. Syarikat insurans pertama di Amerika(1740-an) yang dimulakan oleh Ben Franklin adalah persatuan bagi pedagang-pedagang. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada persatuan ini telah bertukar kepada syarikat bersaham dalam usaha untuk mencari keuntungan yang lebih. - "Saya tidak memerlukan Takaful"
Skim Takaful memberi peluang kepada kita untuk mengamalkan sifat keIslaman, termasuklah pembersihan diri. Surah Al Maidah: "Tolong-menolonglah dalam urusan kebaikan dan taqwa, dan janganlah tolong-menolong di dalam kejahatan dan maksiat". Di dalam hadis oleh Ahmad dan Abu Daud: "Barangsiapa yang memenuhi kehendak saudaranya, Allah akan memenuhi kehendaknya di akhirat."


Perjanjian Madinah yang diaturkan oleh Nabi Muhammad s.a.w mengandungi tiga aspek yang secara langsung menyentuh tentang perlindungan risiko:
- insurans sosial kepada kaum Yahudi, Ansar dan Kristian
- Artikel 3 mengenai harga nyawa(blood money)
- peruntukan untuk Fidyah(wang tebusan) dan Aqila
Kita seharusnya mengikut contoh Rasulullah dalam memenuhi kehendak kita dan masyarakat awam.
Skim Takaful mendisiplinkan diri untuk menyimpan dan membuat perancangan kewangan dalam usaha menjaga diri dan keluarga. Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya, adalah lebih baik bagi kamu untuk meninggalkan keturunan kamu dalam keadaan kaya daripada meninggalkan mereka miskin dan meminta-minta."
"Orang yang membantu janda dan orang miskin adalah seperti orang yang berjuang kerana Allah."
"Sesiapa yang melepaskan seseorang yang beriman dari kesusahan dunia, Allah swt akan melepaskan dia dari kesusahan di hari akhirat."
Takaful boleh menjadi satu kaedah yang berkesan untuk mengumpulkan simpanan individu bagi digunakan untuk kepentingan masyarakat. Dalam komuniti Islam yang kekurangan sumber modal, Takaful boleh menjadi penggerak kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan melalui penyaluran dana di dalam pelaburan yang berlandaskan Syariah dan dimiliki oleh persatuan tempatan.